ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 29 September 2026.
Anthony Loke sudah serah surat letak jawatan, berkuatkuasa sehingga Najib Razak balik rumah
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai anggota Kabinet kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin.
Istana Hinggap Seremban kembali jadi tumpuan, MB menghadap Tuanku Muhriz
Istana Hinggap Seremban kembali menjadi tumpuan hari ini susulan perkembangan terbaharu kemelut politik dan pentadbiran Negeri Sembilan.
Jerebu semakin buruk, Kuala Terengganu masuk senarai 32 kawasan IPU tidak sihat
Keadaan jerebu di negara ini semakin buruk apabila Kuala Terengganu menjadi kawasan terbaharu merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, menjadikan keseluruhan 32 stesen pemantauan udara berada dalam kategori itu setakat 12 tengah hari ini.
Ismail Sabri akan fail permohonan cabar tuduhan tidak isytihar harta
Permohonan berkenaan akan difailkan selepas pihak pembelaan menerima dan meneliti kesemua dokumen berkaitan kes.
'Yang tak sakau, nak suruh letak jawatan?’ – PM Anwar
Persoalan dilontarkan Perdana Menteri ketika menyentuh gesaan supaya Menteri Pengangkutan, Anthony Loke meletakkan jawatan.
Kenyataan yang meruntun jiwa itu dizahirkan menerusi satu bingkisan video terbaharu yang dikongsikan oleh Dr Mahathir.
Tidak adil kecam Malaysia cuba selesaikan isu pelarian Myanmar - PM Anwar
Tidak adil untuk mengecam Malaysia kerana cuba menyelesaikan isu pelarian Myanmar, sedangkan kerajaan sedang berusaha mencari penyelesaian secara baik dengan mengambil kira kebajikan dan hak asasi mereka, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kematian pelajar 14 tahun, seorang lagi suspek tingkatan empat ditahan di Kuala Pilah
Polis menahan seorang lagi pelajar lelaki berusia 16 tahun, menjadikan sehingga kini dua suspek ditahan bagi membantu siasatan kes kematian seorang pelajar tingkatan dua di Kuala Pilah, Jumaat lepas.
Malaysia sasar enam daripada 10 ahli KWSP capai simpanan asas RM390,000 menjelang 2030 - PM Anwar
Malaysia menyasarkan untuk meningkatkan tahap Kecukupan Pendapatan Persaraan kepada enam daripada setiap 10 ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mencapai penanda aras Simpanan Asas sebanyak RM390,000 pada usia 60 tahun menjelang 2030.
Budaya syura, adab perlu diperkukuh dalam segenap lapisan masyarakat - Sultan Nazrin
Budaya syura dan adab perlu diperkukuh dalam keluarga, institusi pendidikan, organisasi, masjid, pentadbiran serta seluruh masyarakat bagi memastikan perbezaan pandangan dapat diurus dengan ilmu, kesabaran dan rasa hormat, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.