awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di Bangkok selepas PM enggan letak jawatan

Bernama
Bernama
25/10/2020
21:23 MYT
Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di Bangkok selepas PM enggan letak jawatan
Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di jalan raya di Bangkok selepas Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha mengabaikan permintaan mereka. -AP
BANGKOK:Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di jalan raya di Bangkok selepas Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha mengabaikan permintaan mereka untuk meletak jawatan.
Penunjuk perasaan antikerajaan itu berkumpul di persimpangan Ratchaprasong, satu daripada daerah komersial paling sibuk di Bangkok, bermula 4 petang Ahad (waktu tempatan).
Pada Rabu, penunjuk perasaan memberikan Prayuth tempoh tiga hari hingga 10 malam (waktu tempatan) Sabtu untuk meletak jawatan atau berhadapan dengan lebih banyak demonstrasi sekiranya perdana menteri itu gagal memenuhi permintaan mereka.
Selepas tempoh itu tamat, satu kumpulan penunjuk perasaan mengumumkan mereka akan mengadakan protes hari ini manakala satu lagi kumpulan berkata satu demonstrasi akan diadakan di persimpangan Samyan dan berarak ke Kedutaan Jerman di Sathorn pada Isnin.
Pada Sabtu, Prayuth memberitahu penyokongnya selepas menghadiri upacara doa Buddha di Bangkok bahawa: "Saya tidak akan melepaskan jawatan". Doa itu diadakan agar negara pulih berikutan tunjuk perasaan yang berlarutan selama tiga bulan.
"Teruskan perjuangan Uncle Tu (nama panggilan Prayuth). Janji kepada kami bahawa anda tidak akan letak jawatan," teriak seorang penyokongnya.
Kemudian, Prayuth memberitahu media bahawa kerajaan komited untuk menyelesaikan masalah bersama.
Sesi khas Parlimen dua hari akan diadakan untuk membincangkan protes antikerajaan yang berterusan, bermula esok.
Sejak pertengahan Julai, penunjuk perasaan antikerajaan berhimpun di Bangkok dan bandar lain mengulangi permintaan mereka untuk perubahan politik, termasuk mendesak perdana menteri untuk meletak jawatan, pembubaran Parlimen, pindaan Perlembagaan dan reformasi monarki.
Sementara itu, kumpulan prokerajaan juga berkumpul di luar Parlimen, sehari sebelum sesi khas bermula esok.
Raja Thailand Maha Vajiralongkorn tidak membuat sebarang komen secara terbuka mengenai tunjuk perasaan itu tetapi baginda memuji seorang lelaki yang mengangkat gambar mendiang ayahandanya pada Jumaat.
Satu video tersebar luas dalam media sosial menunjukkan raja bertitah: "Sangat berani, sangat berani, bagus, terima kasih" kepada lelaki itu.
Kumpulan prokerajaan itu akan berkhemah semalaman bagi 'melindungi' Parlimen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bangkok
#Penunjuk perasaan
#protes
#Maha Vajiralongkorn
#Ratchaprasong
#Prayuth Chan o-cha
#Perdana Menteri Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan