LONDON: Ribuan menyertai tunjuk perasaan pro-Palestin di London pada Sabtu, menyuarakan solidariti terhadap rakyat Palestin dan menuntut penamatan segera serangan udara Israel ke atas Gaza.

Jalan-jalan di bandar itu dibanjiri lautan penunjuk perasaan yang berselimutkan bendera Palestin, sambil memegang sepanduk bertulis "Free Palestine," lapor Agensi Anadolu.

Duta Palestin ke United Kingdom (UK) Husam Zomlot berkongsi video tunjuk perasaan itu di X.


Israel tidak menghiraukan gesaan antarabangsa supaya menghentikan serangan yang setakat ini telah mengorbankan ribuan nyawa penduduk di Gaza, termasuk kanak-kanak dan wanita sejak 7 Okt lepas.-- BERNAMA