PETANI di India akan meneruskan perjalanan mereka ke New Delhi selepas rundingan ketiga dengan kerajaan di Chandigarh tidak mendatangkan hasil pada Khamis.

Mereka berjalan kaki sambil membawa trak dan troli yang dipenuhi dengan makanan, tilam dan bekalan lain, sejak memulakan perjalanan pada Selasa.

Terdahulu, rundingan dengan kerajaan gagal mencapai kata sepakat mengenai harga minimum bagi pelbagai jenis tanaman.

Rundingan yang diadakan pada Khamis dihadiri pemimpin kesatuan petani yang memprotes dan wakil-wakil kerajaan.

Mereka termasuk Menteri Perdagangan Piyush Goyal dan Menteri Muda Pertanian dan Kesejahteraan Petani Arjun Munda.

Arjun memberitahu wartawan, rundingan akan bersambung pada Ahad ini.

Petani India mengadakan protes sambil melaungkan slogan, duduk di landasan kereta api di Kampung Vallah, pinggir bandar Amritsar, Punjab, India, 15 Feb 2024. - REUTERS