Hujan lebat serta ribut yang melanda bahagian selatan China pada Ahad mengakibatkan 54,000 penduduk terpaksa dipindahkan dan dua orang terkorban dalam insiden berasingan.

Bencana yang melanda wilayah Hunnan sejak Khamis itu turut menyebabkan kawasan berkenaan mengalami gangguan lalulintas, terputus bekalan elektrik serta kenaikan air sungai dan empangan yang kritikal.

Di wilayah Guangxi Zhuang, 128,600 penduduknya terjejas akibat hujan yang berterusan.

Memetik laporan agensi berita Xinhua, salah seorang mangsa maut dalam kejadian tanah runtuh di pekan Jinwutang.

Situasi sama turut melanda bandar Shenzen di wilayah Guangdong apabila kawasan itu dilanda banjir besar mengakibatkan 4, 139 penduduknya dipindahkan.

Setakat ini anggaran kerugian mencecah RM36 juta.