awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Pulau Pinang bongkar tiga sindiket seleweng minyak masak subsidi
Penjawat awam rugi RM119,000 diperdaya phone scam
Muzium Agop Batu Tulug Kinabatangan simpan khazanah purba Orang Sungai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribut salji, sejuk melampau jejas pengangkutan di utara Jepun

Bernama
Bernama
14/01/2026
12:54 MYT
Ribut salji, sejuk melampau jejas pengangkutan di utara Jepun
Ramalan kaji cuaca sehingga Khamis menunjukkan kelajuan angin maksimum sehingga 35 meter sesaat di kawasan selatan di sepanjang pantai Laut Jepun. - X @WeatherMonitors
TOKYO: Ribut salji, angin kuat dan sejuk melampau menjejaskan perkhidmatan kereta api di utara Jepun pada Rabu, susulan cuaca musim sejuk yang semakin teruk di sekitar Hokkaido dan kawasan sepanjang pesisir Laut Jepun, lapor Xinhua.
JR Hokkaido memaklumkan 50 perkhidmatan tren tidak beroperasi sejak Selasa berikutan angin kuat, tiupan salji dan suhu rendah. Di Lapangan Terbang New Chitose, 82 penerbangan dibatalkan dan banyak penerbangan lain mengalami kelewatan sejak Selasa.
Pihak berkuasa mengeluarkan amaran bahawa ribut salji dan salji lebat boleh terus mengganggu pengangkutan sehingga awal pagi Khamis.
Ramalan kaji cuaca sehingga Khamis menunjukkan kelajuan angin maksimum sehingga 35 meter sesaat di kawasan selatan di sepanjang pantai Laut Jepun, dengan angin sehingga 30 meter sesaat di kawasan utara Laut Jepun dan di sepanjang pantai Pasifik.
Sepanjang 24 jam hingga pagi Khamis, salji diramalkan mencecah sehingga 40 sentimeter di bahagian kedua-dua kawasan utara dan selatan di sepanjang pantai Laut Jepun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sejuk melampau
#ribut salji
#utara Jepun
#pengangkutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan