awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Video tular: Ladang ternakan buaya di Penampang beroperasi secara sah - Polis
Bangladesh panggil duta Myanmar susulan insiden tembahkan rentas sempadan
Goodday KidSTART 3.0 cetus gelombang usahawan cilik nasional
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rice tarik diri untuk ganti Clinton

Astro Awani
Astro Awani
14/12/2012
08:11 MYT
Rice tarik diri untuk ganti Clinton
Duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Susan Rice menarik diri untuk dipertimbangkan sebagai calon bagi menggantikan setiausaha negara Hilary Clinton.
Beliau membuat keputusan selepas mendapat tentangan daripada senator Republikan yang sebelum ini berikrar akan menghalang pencalonannya.
Rice dilihat sebagai calon pilihan Presiden Barack Obama selepas Clinton menyatakan hasrat tidak akan menyambung tugas untuk penggal kedua.
Semua pencalonan untuk jawatan setiausaha negara memerlukan kelulusan dua pertiga Senat sekali gus membolehkan Republikan menyekat pelantikannya.
Perkembangan terbaru ini meletakkan senator Massachusetts John Kerry sebagai calon pilihan.
Manakala bekas senator Republikan Chuch Hagel pula disebut-sebut bakal dilantik sebagai Setiausaha Pertahanan.
Rice sebelum ini menjadi sasaran kritikan susulan serangan ke atas Konsulat Amerika Syarikat di Libya.
Rice dikatakan memberi laporan berbeza dengan risikan yang dilakukan. Dalam kenyataannya, Rice memberitahu serangan dilakukan susulan protes terhadap filem anti-Islam namun siasatan unit risikan mendapati serangan itu didalangi kumpulan Al-Qaeda.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
#Susan Rice
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan