Bekas Menteri Kewangan Rishi Sunak bakal menjawat jawatan Perdana Menteri United Kingdom selepas memenangi jawatan Ketua Parti Konservatif.

Kemenangan beliau dimuktamadkan selepas pesaingnya, Penny Mordaunt umum mengundurkan diri.

Sunak telah diisytiharkan sebagai pemimpin Parti Konservatif oleh ketua Jawatankuasa penggubal undang-undang Konservatif 1922, meletakkannya di landasan untuk menjadi perdana menteri negara itu yang seterusnya.

Jawatankuasa tersebut bertanggungjawab menetapkan peraturan untuk memilih dan menukar pemimpin parti.

Terdahulu, Mordaunt telah mengumumkan berundur daripada persaingan untuk menggantikan Liz Truss, sekali gus membuka jalan kepada Sunak untuk menjadi perdana menteri UK.