awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keputusan rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Isa Samad ditetap 10 Feb ini
Seorang lagi ahli 'Geng Captain Praba' ditahan - Bukit Aman
Agihan fidyah jamin kebajikan rakyat di Kedah - Raja Muda Kedah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Robert F Kennedy Jr saman Google, YouTube

Bernama
Bernama
04/08/2023
05:20 MYT
Robert F Kennedy Jr saman Google, YouTube
Kennedy mendakwa kebebasan bersuaranya dicabul dan mendakwa AS di bawah kepimpinan Presiden Joe Biden telah mengambil "langkah luar biasa untuk menutup mulutnya". - Foto REUTERS
NEW YORK: Calon presiden Amerika Syarikat (AS) Robert F. Kennedy Jr menyaman You Tube dan syarikat induknya Google kerana meminda kandungan hantarannya dalam kedua-dua media dalam talian itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Peguam berusia 69 tahun itu memfailkan saman terhadap gergasi Internet itu di mahkamah Delaware pada lewat Rabu, mendakwa kebebasan bersuaranya dicabul dan mendakwa AS di bawah kepimpinan Presiden Joe Biden telah mengambil "langkah luar biasa untuk menutup mulutnya".
Kennedy merupakan pencabar lama kepada Biden untuk pencalonan parti Demokrat dalam perlumbaan presiden 2024.
Walaupun beliau terbukti popular terutama di saluran berhaluan kanan seperti Fox News, Kennedy sukar memperoleh sokongan daripada Demokrat dan ketinggalan di belakang Biden kira-kira 60 mata.
Kennedy mendakwa YouTube kerap menyekat kandungan yang disiarkannya atas alasan dasar "maklumat salah mengenai perubatan".
Pasukan undang-undang Kennedy mendakwa kandungan pelanggannya yang diambil di luar talian termasuk daripada kempen presiden 2024, dan bimbang masalah berkenaan akan menjadi lebih teruk menjelang pilihan raya itu.
Antara hantaran kontroversi Kennedy ialah ucapannya pada majlis makan malam mengenai COVID-19 pada bulan lepas yang dilihat oleh beberapa pengkritik sebagai anti-Semitik.
Kennedy dalam ciapan mendakwa ulasannya itu diambil di luar konteks.
Sementara itu, YouTube berkata ia menggunalkan Garis Panduan Komunitinya secara bebas, telus dan konsisten, tanpa mengira sudut pandangan politik," kata jurucakapnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Robert F Kennedy Jr
#Google
#YouTube
#saman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan