awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Remaja lelaki maut, tujuh cedera kemalangan lapan motosikal di Lebuhraya BKE
Taiwan senarai virus Nipah sebagai Penyakit Kategori 5 susulan wabak di India
Ops Khas: JPJ sita enam kereta mewah bernilai RM1.5 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Romania siap sedia hadapi gelombang haba, keluarkan amaran merah

Bernama
Bernama
06/07/2025
13:59 MYT
Romania siap sedia hadapi gelombang haba, keluarkan amaran merah
Suhu maksimum dijangka mencecah antara 38 hingga 41 darjah Celsius di 16 daerah. - Gambar hiasan/AP
BUCHAREST: Pentadbiran Meteorologi Kebangsaan Romania mengeluarkan amaran kod merah pada Ahad, apabila gelombang haba yang kuat melanda sebahagian besar negara itu dari 6 hingga 8 Julai, lapor Xinhua.
Suhu maksimum dijangka mencecah antara 38 hingga 41 darjah Celsius di 16 daerah dan Bucharest, manakala suhu minimum pada waktu malam kekal melebihi 21 darjah Celsius. Indeks tekanan haba (ITU) akan melebihi ambang kritikal 80 unit, sekali gus menimbulkan risiko kesihatan yang serius.
Amaran kod jingga dan kod kuning juga berkuat kuasa di wilayah lain, termasuk Banat, Transylvania, dan Moldova, dengan suhu tinggi antara 33 hingga 39 darjah Celsius.
Amaran ribut petir kod kuning pula dikeluarkan untuk kawasan Selatan dan Curvature Carpathians pada 6 Julai, dengan ramalan hujan lebat, kilat, angin kencang sehingga 70 kilometer sejam, serta hujan batu di beberapa kawasan.
Dalam respons terhadap keadaan itu, Kementerian Kesihatan mengaktifkan protokol kecemasan, menggesa perkhidmatan kesihatan meningkatkan jumlah kakitangan, memastikan bekalan ubat mencukupi, dan menubuhkan pusat hidrasi di kawasan awam. Pemeriksaan keselamatan makanan akan digiatkan, khususnya di kem sekolah dan premis makanan.
-- BERNAMA
Dapatkan tip menghadapi cuaca panas dan info empangan di sini
Topic Berkaitan
#Romania
#cuaca panas
#gelombang haba
#amaran merah
#kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan