Skip to main content

Dunia

Ronaldo titip pesanan khas buat kanak-kanak mangsa gempa bumi Venezuela

Sumber: X/Fabrizio Romano
Ronaldo (kiri) merakamkan pesanan khas dan mengajak Andres (kanan) menonton salah satu perlawanannya selepas pulih. -Foto X
Advertisement

TORONTO: Kapten Portugal, Cristiano Ronaldo, mengirimkan pesanan video khas kepada seorang kanak-kanak Venezuela yang terselamat daripada gempa bumi dahsyat yang melanda negara itu baru-baru ini.

Kanak-kanak berkenaan, Andres Mieles, kini sedang menerima rawatan di hospital selepas kehilangan sebelah kaki akibat kecederaan yang dialami dalam bencana tersebut.

Dia turut dilaporkan kehilangan ahli keluarganya dalam tragedi itu.

Kisah Andres menjadi tular di media sosial apabila dia hanya meminta pelekat atau kad koleksi Ronaldo bagi album Piala Dunia sebagai suntikan semangat ketika menjalani proses pemulihan.

Ronaldo kemudian merakamkan pesanan khas dan mengajak kanak-kanak itu menonton salah satu perlawanannya selepas pulih.

"Saya tahu awak peminat saya. Apabila awak sembuh nanti, saya mahu menjemput awak menonton salah satu perlawanan saya. 

"Saya juga mahu berjumpa dengan awak," kata Ronaldo dalam video yang dikongsikan wartawan sukan Fabrizio Romano.

 

 

Selain itu, Andres turut dilaporkan akan menerima jersi yang ditandatangani oleh pemenang lima kali Ballon d'Or itu.

Rakaman reaksi emosinya ketika menerima kejutan tersebut mendapat perhatian meluas di media sosial dan mencetuskan pujian terhadap keprihatinan Ronaldo di luar padang.

Insiden itu berlaku beberapa hari selepas Portugal mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia FIFA 2026 susulan kemenangan 2-1 ke atas Croatia.

 

Must Watch Video

Advertisement