awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek ada pengetahuan, kemahiran dalam pembuatan bahan letupan - Polis
Kes petrol RON95 disyaki tercemar: KPDN Sarawak buka kertas siasatan
Terowong terpanjang di dunia dibuka di Xinjiang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rundingan nuklear Iran akan berlangsung beberapa hari lagi

Astro Awani
Astro Awani
16/04/2021
23:50 MYT
Rundingan nuklear Iran akan berlangsung beberapa hari lagi
Iran melancarkan peluru berpandu dalam satu latihan ada 16 Januari lepas. - Foto fail
VIENNA: Wakil Kesatuan Eropah (EU) mendedahkan rundingan nuklear Iran akan berlangsung beberapa hari lagi, sebelum satu konsensus dicapai.
Rundingan di Vienna, Austria dipengerusikan EU dengan beberapa negara Iran, Rusia, China, Perancis, Jerman dan Britain.
Rundingan bagaimanapun tidak disertai delegasi Amerika Syarikat (AS). Ini susulan keengganan delegasi Iran mengadakan rundingan langsung dengan negara berkenaan.
Rundingan pusingan kedua, melibatkan beberapa mesyuarat bermula Khamis lalu. Ia akan tertumpu kepada usaha mengembalikan semula Amerika Syarikat dalam perjanjian nuklear berkenaan.
Ini termasuk menarik semula sekatan dan memastikan Iran tidak lagi mencabuli Perjanjian 2015 itu.
Rundingan bagaimanapun dibayangi insiden letupan di kemudahan nuklear Iran di Natanz yang didakwa didalangi Israel.
Turut menjadi pertikaian, tindakan Tehran meningkatkan proses pengayaan uraniumnya ke tahap 60 peratus, melebihi yang dibenarkan dalam Perjanjian Nuklear 2015.
Topic Berkaitan
#EU
#AS
#China
#Britain
#letupan
#Jerman
#nuklear
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan