awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ranking Zii Jia terus merudum
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusia catat rekod baharu lancar roket tanpa kemalangan

Bernama
Bernama
11/10/2021
09:54 MYT
Rusia catat rekod baharu lancar roket tanpa kemalangan
Roscosmos berjaya melancarkan 70 pelancaran roket tanpa sebarang kemalangan sejak tiga tahun berturut-turut. - Roscosmos Space Agency via AP
MOSCOW: Agensi angkasa Rusia, Roscosmos berjaya melancarkan 70 pelancaran roket tanpa sebarang kemalangan sejak tiga tahun berturut-turut, sekali gus mencipta rekod baharu, lapor agensi berita Sputnik.
Sejak kegagalan pelancaran Soyuz pada 11 Oktober 2018, Rusia telah melakukan 32 pelancaran roket dari pusat angkasa Baikonur dan 21 dari Plesetsk Cosmodrome dan masing-masing tujuh dari Vostochny dan Kourou di French Guiana.
Sementara itu, dalam tempoh sama, 22 insiden kecemasan dilaporkan berlaku ketika pelancaran roket oleh negara lain: di China sebanyak sembilan, Amerika Syarikat (lima), Iran (tiga), Perancis (dua), New Zealand (dua) dan India (satu).
Pada Mei 2020, Rusia berjaya melancarkan roket pengangkut Soyuz-2.1b dengan 36 satelit komunikasi OneWeb UK dari Vostochny Cosmodrome, pelancaran ke-59, rekod baharu di era pasca-Soviet.
Rekod pelancaran tanpa sebarang insiden oleh Soviet lebih mengagumkan, menyaksikan 185 pelancaran berjaya berjaya dilakukan berturut-turut antara Januari 1983 dan November 1984.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rusia
#pelancaran roket
#kemalangan
#Roscosmos
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan