awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusia lancar satelit Iran ke orbit

Bernama
Bernama
10/08/2022
04:43 MYT
Rusia lancar satelit Iran ke orbit
Kejayaan pelancaran satelit Iran itu menjadi peristiwa penting dalam kerjasama dua hala Rusia-Iran. - Reuters
ANKARA: Rusia melancarkan satelit Iran ke orbit pada Selasa dari selatan Kazakhstan, lapor Agensi Anadolu, memetik perbadanan angkasa Rusia.
Pelancaran itu dibuat hanya tiga minggu selepas Presiden Rusia Vladimir Putin dan Pemimpin Tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei berjanji untuk bekerjasama menentang Barat.
Satelit penderiaan jauh Khayyam, dinamakan sempena penyair dan ahli falsafah Parsi Abad ke-11 Omar Khayyam, telah dilancarkan oleh roket Soyuz Rusia dari pelabuhan angkasa Baikonur ke orbit, kata Roscosmos.
Pelancaran satelit Iran adalah peristiwa penting dalam kerjasama Rusia-Iran, menurut ketua Roscosmos Yury Borisov.
"Kejayaan pelancaran satelit Iran itu menjadi peristiwa penting dalam kerjasama dua hala Rusia-Iran yang membuka jalan untuk melaksanakan projek baharu dan lebih berdimensi," kata Borisov.
Sementara itu, Iran telah memperoleh data pertama daripada satelit Khayyamnya, menurut Agensi Berita Iran IRNA. Data itu termasuk pengukuran telemetri yang diterima oleh stesen darat Agensi Angkasa Iran, kata IRNA.
Satelit Iran direka untuk menjalankan penyelidikan saintifik, menguji teknologi saluran komunikasi antara satelit, mengukur tahap sinaran elektromagnet, dan menjalankan pengesanan jauh Bumi dan pemantauan alam sekitar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#satelit iran
#Rusia
#kerjasama
#menentang barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan