Skip to main content

Malaysia

400 unit minyak hitam motosikal disediakan sempena Yakin MADANI di Pulau Pinang

Program Yakin MADANI Pulau Pinang menawarkan 400 unit minyak hitam motosikal percuma menerusi inisiatif SKM, selain Food Truck Viral dan aktiviti komuniti pada 28-29 November. - Foto SKM
Program Yakin MADANI Pulau Pinang menawarkan 400 unit minyak hitam motosikal percuma menerusi inisiatif SKM, selain Food Truck Viral dan aktiviti komuniti pada 28-29 November. - Foto SKM
Advertisement

KUALA LUMPUR: Sebanyak 400 unit minyak hitam motosikal disediakan menerusi program Jom Tukar Minyak Hitam - Kasi Flex Sikit sempena Program Yakin MADANI: Memaknai Harapan Rakyat Peringkat Pulau Pinang, yang bakal berlangsung pada 28 dan 29 Nov ini.

Inisiatif yang diselaraskan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) itu diperuntukkan sebanyak 200 unit minyak hitam sehari, sekali gus memberi peluang kepada pengunjung memanfaat penyelenggaraan motosikal sepanjang program.

Program berkenaan dianjurkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pulau Pinang serta Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Pejabat Perdana Menteri, bagi membawa pelbagai manfaat dan inisiatif kerajaan lebih dekat kepada masyarakat.

Advertisement

"Pengisian Jom Tukar Minyak Hitam - Kasi Flex Sikit yang berlangsung di Politeknik Balik Pulau itu mencerminkan pendekatan turun padang KUSKOP menerusi SKM.

"Ia mengetengahkan aktiviti yang dekat dengan keperluan harian masyarakat, khususnya pengguna motosikal yang berdepan kos penyelenggaraan kenderaan," kata SKM dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Program itu turut menampilkan penglibatan Kelab RXZ Wanita Malaysia pada 29 Nov, sekali gus menyuntik elemen komuniti dan permotoran dalam pengisian Yakin MADANI yang dijangka menarik kehadiran pengunjung daripada pelbagai latar belakang.

Selain itu, SKM turut menyelaras pengisian 'Food Truck Viral' yang beroperasi sepanjang program dari 9 pagi hingga 6 petang, menyediakan pelbagai pilihan makanan kepada pengunjung.

"Gabungan kedua-dua pengisian berkenaan memperlihatkan usaha agensi di bawah KUSKOP menterjemahkan agenda Yakin MADANI menerusi aktiviti yang bukan sahaja menarik masyarakat, malah menawarkan manfaat secara langsung kepada pengunjung dan pengusaha tempatan," tambah SKM.

Program Yakin MADANI: Memaknai Harapan Rakyat Peringkat Pulau Pinang berlangsung di Kompleks Sukan Balik Pulau, dengan pelbagai pengisian membabitkan perkhidmatan kerajaan, aktiviti komuniti, peluang ekonomi, hiburan dan rekreasi.

 

Must Watch Video

Advertisement