MOSCOW: Rusia pada Isnin melaporkan dua kes pertama varian Omicron membabitkan dua individu yang tiba dari Afrika Selatan minggu lepas, lapor Agensi Anadolu.

Sepuluh lagi individu yang diuji positif COVID-19 masih menunggu keputusan lanjut hasil saringan mereka, memetik kenyataan Rospotrebnadzor.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada 26 Nov mengisytiharkan Omicron sebagai varian yang membimbangkan.

-- BERNAMA