Skip to main content

Dunia

Rusia larang eksport diesel

41750248707_AlexanderNovakRus.jpg
Novak berkata, Rusia akan mula mengimport produk petroleum pada Julai bagi menstabilkan pasaran bahan api negara itu. - Gambar fail
Advertisement

MOSCOW: Rusia telah mengenakan larangan ke atas eksport  diesel bagi meningkatkan bekalan domestik, kata Timbalan Perdana Menterinya, Alexander Novak pada Rabu, lapor Xinhua.

"Kami telah melaksanakan larangan ke atas eksport  diesel, yang akan membolehkan kami meningkatkan bekalan ke pasaran domestik," kata Novak semasa mesyuarat kabinet bersama Presiden Rusia Vladimir Putin.

Kerajaan Rusia turut mengumumkan bahawa ia telah memperluas larangan sementara eksport diesel itu kepada pengeluar bahan api. Bagaimanapun, langkah berkenaan tidak terpakai bagi penghantaran di bawah perjanjian antara kerajaan.

Novak berkata, Rusia akan mula mengimport produk petroleum pada Julai bagi menstabilkan pasaran bahan api negara itu.

"Kami juga akan mula mengimport produk petroleum pada Julai dan meningkatkan jumlah pengeluaran tambahan menggunakan produk petroleum daripada kelas alam sekitar yang lebih rendah," katanya.

--BERNAMA-XINHUA

Must Watch Video

Advertisement