Skip to main content

Malaysia

MetMalaysia keluar amaran ribut petir di beberapa negeri sehingga 10 pagi

heavy rain on roof of wooden house, rainy season -- Adobe Stock Image
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa negeri di Semenanjung serta Sarawak sehingga pukul 10 pagi Selasa. - Gambar hiasa
Advertisement

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa negeri di Semenanjung serta Sarawak sehingga pukul 10 pagi Selasa.

Antara negeri yang dijangka terjejas ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka.

Menurut MetMalaysia, kawasan terlibat di Kedah ialah Langkawi, Kubang Pasu dan Kuala Muda manakala di Perak melibatkan Kerian dan Bagan Datuk.

Di Terengganu pula, amaran dikeluarkan bagi daerah Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu, sementara di Selangor melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Sepang, Hulu Langat, Gombak, Petaling dan Hulu Selangor.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran sama bagi beberapa kawasan di Sarawak termasuk Miri, Marudi, Beluru, Dalat, Mukah, Pusa, Kabong, Saratok serta Limbang.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan cuaca semasa serta arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa dari semasa ke semasa

Must Watch Video

Advertisement