awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusia musnah lebih 70 kemudahan tentera Ukraine

Sinar Harian
Sinar Harian
25/02/2022
01:05 MYT
Rusia musnah lebih 70 kemudahan tentera Ukraine
Kepulan asap kelihatan dari lokasi tentera berhampiran lapangan terbang selepas operasi ketenteraan di Mariupol, timur Ukraine, 24 Februari 2022. -REUTERS
MOSCOW: Rusia pada Khamis mengesahkan tentera mereka telah membedil lebih 70 sasaran tentera termasuk 11 lapangan terbang di Ukraine.
"Kira-kira 74 kemudahan tentera di Kiev berjaya dimusnahkan dalam operasi tersebut," kata jurucakap Kementerian Pertahanan, Igor Konashenkov.
Menurutnya, ia termasuk tiga pos perintah dan 18 stesen radar S-300 dan sistem misil antipesawat, Buk-M1.
"Sebuah helikopter tentera Ukraine dan empat dron juga ditembak jatuh," jelasnya lagi sambil menambah kumpulan pemisah kini meneruskan serangan mereka dengan bantuan sokongan udara daripada tentera Rusia.
Tambahnya lagi, mereka kini berdepan dengan 'kumpulan penentang bersenjata nasionalis' yang melancarkan penentangan terhadap kempen tersebut.
Beliau turut memaklumkan Menteri Pertahanan, Sergei Shoigu telah mengarahkan tentera Rusia supaya 'melayan pasukan tentera Ukraine dengan hormat'.
Operasi menyasarkan kemudahan ketenteraan Ukraine itu dibuat selepas Presiden Rusia, Vladimir Putin melancarkan 'operasi khas' pada jam 5.40 pagi (waktu tempatan).
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Rusia
#Ukraine
#Vladimir Putin
#Buk-M1
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan