MOSCOW: Rusia sedia mempertimbang rang undang-undang (RUU) untuk membenarkan rakyatnya berusia 40 tahun ke atas dan warga asing berusia 30 tahun ke atas menyertai tentera dalam kempen ketenteraan negara itu di Ukraine.
Dewan Rakyat menerusi laman web Suruhanjaya Parlimen Rusia (Duma) memaklumkan, langkah itu bagi membolehkan pihak tentera mengguna pakai kepakaran golongan profesional yang lebih berusia.
Menurut laman web tersebut, bagi penggunaan, pengendalian dan peralatan senjata ketepatan tinggi, golongan pakar yang profesional amat diperlukan.
Justeru itu, berdasarkan pengalaman, mereka mampu menzahirkannya pada usia 40 hingga 45 tahun.
Duma turut memaklumkan, cadangan RUU itu juga memudahkan pengambilan dalam kalangan pegawai perubatan, jurutera serta pakar komunikasi dan operasi.
Ketika ini, hanya mereka berusia 18 hingga 40 tahun dibenarkan menyertai tentera.
Manakala bagi warga asing pula, hanya mereka yang berusia antara 18 hingga 30 tahun boleh berbuat demikian.
Rusia berdepan tentangan hebat selepas kehilangan ramai askar serta peralatannya dalam peperangan yang memasuki hari ke-86 pada Jumaat di mana Ukraine mengerahkan semua golongan lelaki dalam kalangan rakyatnya bagi menghadapi serangan.
Walaupun sudah berjaya mengambil alih Mariupol dan hampir menguasai wilayah Donbas di timur Ukraine, Moscow kini mahu berusaha merampas wilayah Lugansk.
Berdasarkan kepada keterangan pakar perang saraf Pemikir Pertahanan Dan Keselamatan Britain (Rusi), Jack Watling, beliau berpandangan, tentera Rusia berdepan masalah kekurangan anggota.
Menurutnya, adalah amat jelas Rusia sedang berdepan masalah keanggotaan di lapangan dengan perkembangan terkini itu adalah cubaan baharu Kremlin untuk menangani masalah kekurangan anggota tentera tanpa meresahkan rakyatnya.
Rusia, katanya, perlu menstabilkan anggota unit ketenteraannya di Ukraine jika mereka mahu memperkukuhkan kedudukan di lapangan.
Astro Awani
Sat May 21 2022
Kereta kebal 'Gvozdika' milik militan Donetsk menembak ke arah lokasi kedudukan tentera Ukraine berdekatan bandar Yasynuvataya. -Gambar fail/AP
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Anthony Loke beri amaran batalkan subsidi diesel jika naik tambang feri
MOT memberi amaran untuk membatalkan pemberian subsidi diesel terhadap pengusaha feri jika meneruskan kenaikan harga tambang khususnya kepada warga tempatan dan pelancong domestik.
Tambang feri ke Langkawi naik antara RM3 hingga RM10.50 bermula 1 Jan 2025
Ferry Line Ventures mengumumkan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Perlis dan Kuala Kedah berkuat kuasa 1 Jan 2025.
Kesalahan khalwat tidak terhad kepada dua individu sahaja - Peguam
Seseorang individu yang ditemui bersama lebih dari seorang individu yang berlainan jantina yang bukan mahram di dalam sesebuah premis terselindung tetap dianggap melakukan kesalahan khalwat.
Izzuddin-Sze Fei mungkin 'takluk' gelaran beregu nombor satu negara daripada Aaron-Wooi Yik
Gandingan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei berkemungkinan merampas gelaran beregu lelaki nombor satu Malaysia daripada Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjelang kemas kini ranking BWF, Selasa ini.
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Rusia pertimbang RUU benarkan golongan profesional sertai tentera
Menurut laman web tersebut, bagi penggunaan, pengendalian dan peralatan senjata ketepatan tinggi, golongan pakar yang profesional amat diperlukan.