awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusia tarik balik amaran tsunami di Kamchatka, Kuril susulan gempa 8.8 magnitud

Astro Awani
Astro Awani
30/07/2025
11:48 MYT
Rusia tarik balik amaran tsunami di Kamchatka, Kuril susulan gempa 8.8 magnitud
Gelombang setinggi 3 hingga 4 meter sebelum ini menyebabkan banjir dan kerosakan bangunan, memaksa pemindahan ribuan penduduk. -Gambar fail/Nick Sortor
PETROPAVLOVSK-KAMCHATSKY: Pihak berkuasa Rusia telah menarik balik amaran tsunami di wilayah timur termasuk Semenanjung Kamchatka dan bandar Severo-Kurilsk, selepas gelombang susulan daripada gempa bumi kuat berukuran 8.8 magnitud tidak lagi dianggap sebagai ancaman kepada penduduk.

Ringkasan AI
  • Pihak berkuasa Rusia menarik balik amaran tsunami di Kamchatka dan Severo-Kurilsk selepas gelombang susulan tidak lagi dianggap sebagai ancaman.
  • Gelombang setinggi 3 hingga 4 meter sebelum ini menyebabkan banjir dan kerosakan bangunan, memaksa pemindahan ribuan penduduk.
  • Penduduk dinasihatkan agar terus berwaspada kerana gegaran susulan masih berkemungkinan berlaku dalam beberapa hari.

Menteri Situasi Kecemasan Wilayah Kamchatka, Sergei Lebedev, mengesahkan bahawa amaran tersebut telah ditarik balik oleh Kementerian Situasi Kecemasan Persekutuan.
“Rakan-rakan kita dari kementerian telah menarik balik amaran tsunami.
“Namun ini tidak bermakna kita harus bergegas ke pantai untuk melihat gelombang,” katanya dalam kenyataan di media sosial.
Amaran tsunami sebelum ini telah menyebabkan pemindahan ribuan penduduk dari kawasan pesisir, termasuk di Severo-Kurilsk di Kepulauan Kuril Utara, yang mengalami banjir dan kerosakan bangunan akibat gelombang setinggi 3 hingga 4 meter.
Pihak berkuasa menasihatkan penduduk agar terus berwaspada dan tidak kembali ke kawasan pesisir sehingga pengesahan keselamatan penuh diberikan, memandangkan gegaran susulan masih berkemungkinan berlaku dalam tempoh beberapa hari.
Topic Berkaitan
#Sergei Lebedev
#tsunami
#Rusia
#gempa bumi
#kamchatka
#Severo-Kurilsk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan