INTERNATIONAL
Rusia, Ukraine sahkan pertukaran tahanan ketiga, 303 dibebaskan di setiap pihak

Pertukaran tahanan berskala besar dipersetujui dalam rundingan terus pertama antara Rusia dan Ukraine dalam tempoh tiga tahun, yang diadakan di Istanbul pada 16 Mei menerusi perantaraan Turkiye.
ISTANBUL: Rusia dan Ukraine pada Ahad mengesahkan pelaksanaan pusingan ketiga dan terakhir bagi pertukaran tahanan berskala besar yang dilaksanakan berdasarkan perjanjian yang dirundingkan di Istanbul awal bulan ini, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Ringkasan AI
- Pertukaran Tahanan Besar-Besaran: Rusia dan Ukraine melaksanakan pusingan ketiga dan terakhir pertukaran tahanan, melibatkan 303 anggota tentera dari setiap pihak.
- Perjanjian Hasil Rundingan di Istanbul: Pertukaran ini adalah sebahagian daripada perjanjian yang dicapai dalam rundingan pertama antara kedua-dua negara sejak tiga tahun, dengan perantaraan Turkiye.
- Komitmen Terhadap Rakyat: Presiden Ukraine menegaskan usaha berterusan untuk membawa pulang semua tahanan rakyatnya, manakala tahanan Rusia kini menerima rawatan di Belarus sebelum pulang ke negara asal.
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky turut mengesahkan pertukaran itu menerusi satu hantaran di platform X, sambil merakamkan penghargaan kepada pasukannya yang "bekerja tanpa henti untuk menjayakan pertukaran berkenaan."
"Kami pasti akan membawa pulang setiap seorang daripada rakyat kami yang ditahan Rusia," katanya.
Pertukaran tahanan berskala besar itu dipersetujui dalam rundingan terus pertama antara Rusia dan Ukraine dalam tempoh tiga tahun, yang diadakan di Istanbul pada 16 Mei menerusi perantaraan Turkiye.
Perjanjian itu melibatkan pertukaran seramai 1,000 tahanan daripada setiap pihak, dengan rundingan ke arah gencatan senjata masih diteruskan.
Sebelum pertukaran pada Ahad, dua pusingan telah dilaksanakan di bawah perjanjian itu, masing-masing melibatkan 390 dan 307 tahanan daripada kedua-dua pihak dalam tempoh dua hari lalu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami