awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusia, Ukraine tukar 146 tawanan perang masing-masing

Bernama
Bernama
24/08/2025
21:30 MYT
Rusia, Ukraine tukar 146 tawanan perang masing-masing
Rusia dan Ukraine menukar 146 tawanan perang masing-masing pada Ahad dengan pengantaraan Emiriah Arab Bersatu (UAE), menurut Kementerian Pertahanan Rusia. - Gambar fail Reuters
ISTANBUL: Rusia dan Ukraine menukar 146 tawanan perang masing-masing pada Ahad dengan pengantaraan Emiriah Arab Bersatu (UAE), menurut Kementerian Pertahanan Rusia, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Dalam kenyataan itu, kementerian berkenaan berkata, seramai 146 anggota tenteranya dikembalikan hasil "usaha pengantaraan kemanusiaan" oleh UAE.
Sebagai pertukaran, 146 tawanan perang Angkatan Tentera Ukraine diserahkan kepada pihak Ukraine," katanya.
Menurut kementerian itu turut dikembalikan kepada Moscow ialah lapan warganegara Rusia yang menetap di wilayah sempadan Kursk, sebagai sebahagian daripada pertukaran itu.
Kementerian itu memaklumkan anggota tentera Rusia yang dibawa pulang itu kini berada di Belarus untuk menerima bantuan psikologi dan perubatan yang diperlukan.
Ukraine setakat ini belum mengesahkan pertukaran itu, yang berlaku di tengah-tengah usaha intensif diplomatik diketuai Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bagi mengantara satu penyelesaian konflik Rusia-Ukraine yang berlarutan sejak Februari 2022.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rusia
#Ukraine
#tawanan perang
#tukar tawanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan