awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
Lagi gempa bumi di Indonesia, berukuran 5.9 magnitud di kepulauan Tanimbar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusia usir diplomat dari Sweden, Poland dan Jerman

Astro Awani
Astro Awani
05/02/2021
22:19 MYT
Rusia usir diplomat dari Sweden, Poland dan Jerman
Sergey Lavrov menyifatkan tindakan ke atas Navalny itu melemahkan hubungan antara Brussels dan Moscow. - REUTERS
MOSCOW :Rusia mengusir diplomat daripada Sweden, Poland dan Jerman dengan mendakwa mereka turut serta dalam demonstrasi bagi menyokong pemimpin pembangkang Alexei Navalny.
Perkembangan itu menyusul ketika ketegangan antarabangsa meningkat kerana tindakan Rusia menghumban ketua pembangkang itu ke penjara.
Pengumuman dibuat Ketua Luar Negeri Kesatuan Eropah (EU), Josep Borell.
Katanya, Menteri Luar Negeri Rusia, Sergey Lavrov menyifatkan tindakan ke atas Navalny itu melemahkan hubungan antara Brussels dan Moscow.
Kementerian Luar Negeri Moscow menuduh diplomat Sweden dan Poland di St Petersburg dan diplomat Jerman di Moscow terlibat dalam demonstrasi haram pada 23 Januari.
Puluhan ribu rakyat di seluruh Rusia menyertai demonstrasi itu.
BACA: Protes Rusia: Polis guna kekerasan lerai demonstrasi
BACA: Rusia dakwa barat guna isu penahanan Navalny untuk alih perhatian dunia
Menurut kenyataan kementerian itu, diplomat itu kini merupakan 'persona non grata' dan harus meninggalkan Rusia dalam masa terdekat.
Tindakan itu turut menerima kritikan pemimpin Eropah.
Topic Berkaitan
#EU
#Sweden
#Moscow
#penjara
#Alexei Navalny
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan