DUNIA
Rusuhan Indonesia: Ketua Polis arah pendekatan tertib tangani demonstrasi, hormat hak rakyat bersuara

Listyo Sigit Prabowo (tengah) arah anggota keselamatan kendali demonstrasi secara tertib dan ikut SOP sambil hormati hak rakyat bersuara. -Gambar fail/Polis Indonesia
JAKARTA: Ketua Polis Negara Indonesia, Jeneral Listyo Sigit Prabowo, menyeru agar semua anggota keselamatan mengendalikan demonstrasi awam dengan pendekatan tertib berlandaskan prosedur operasi standard (SOP), sambil menegaskan kepentingan menjaga keseimbangan antara keselamatan dan hak rakyat untuk bersuara.
Ringkasan AI
- Ketua Polis Negara Indonesia, Jeneral Listyo Sigit Prabowo, arah anggota keselamatan kendali demonstrasi secara tertib dan ikut SOP sambil hormati hak rakyat bersuara.
- Beliau beri amaran terhadap elemen pelampau yang boleh ancam keselamatan dan ekonomi, serta tegaskan tindakan tegas terhadap jenayah seperti vandalisme dan pembakaran.
- Pasukan keselamatan digesa kekal profesional, berintegriti dan bekerjasama dalam usaha memulihkan keyakinan rakyat serta ketenteraman negara.
Beliau turut mengingatkan bahawa pihak berkuasa berhak mengeluarkan amaran dan membubarkan perhimpunan yang melanggar peraturan, namun tindakan perlu dilakukan secara berhemah dan berdasarkan penilaian situasi.
Listyo memberi amaran terhadap risiko penyusupan oleh elemen pelampau yang menyasarkan premis perniagaan dan infrastruktur penting, yang boleh mengancam keselamatan serta menjejaskan kestabilan ekonomi negara.
“Bagi perbuatan jenayah seperti vandalisme, pembakaran atau kerosakan terhadap kemudahan awam dan antarabangsa, pasukan kita mesti bertindak tegas,” tegas beliau.
Beliau turut menyeru agar semua anggota keselamatan mengekalkan integriti dan semangat kerjasama dalam usaha memulihkan keyakinan rakyat serta ketenteraman negara.
Kenyataan ini hadir di tengah-tengah gelombang demonstrasi nasional yang tercetus susulan kematian seorang penghantar makanan, Affan Kurniawan, yang dilanggar kenderaan taktikal polis semasa protes di Jakarta pada 28 Ogos lalu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami