Seorang wartawan CNN dan jurukamera ditahan polis ketika sedang bersiaran secara langsung berhampiran lokasi rusuhan di Minneapolis, Minnesota, pada pagi Jumaat.
Mereka dibebaskan selepas lebih satu jam dalam tahanan, selepas perbincangan antara Presiden CNN Worldwide, Jeff Zucker, dengan Gabenor Minnesota, Tim Walz.
Menurut laporan, penahanan kedua-dua mereka dilakukan oleh pegawai polis peronda Minnesota, namun sebab mereka ditahan tidak diperincikan.
"Ketika itu kami sedang bersiaran dan kami mula bergerak kerana tidak mahu mengganggu tugas pihak berkuasa yang melakukan kawalan.
"Tetapi ada perusuh yang lari di hadapan kami dan ditahan, jadi kami juga turut ditahan.
"Keadaan terkawal, pihak berkuasa melayan kami dengan baik dan mereka tidak guna kekerasan," kata wartawan terbabit, Omar Jiminez.
Jurucakap Polis Minnesota dalam satu kenyataan berkata penahanan itu dibuat susulan tindakan pihak berkuasa menyuraikan perusuh.
"Anggota kami mengambil tindakan untuk menyuraikan perusuh di kawasan berkenaan dan menahan empat individu termasuk tiga petugas CNN.
"Mereka dibebaskan setelah disahkan sebagai anggota media."
Beberapa organisasi media lain mengecam penahanan itu, yang menyifatkan dua kru terbabit hanya menjalankan tugasan mereka dengan baik dalam situasi mencabar.
"Orang ramai memerlukan wartawan untuk memberi maklumat," kata satu kenyataan dari MSNBC.
Hari ini masuk hari ketiga bandar Minneapolis bergolak dengan penunjuk perasaan yang merusuh membantah kematian seorang peguam, George Floyd.
Rakaman video menunjukkan anggota polis bertindak secara agresif ketika menahan Floyd.
George dilihat merayu kepada pihak polis yang bertindak melutut atas lehernya sehingga dia tidak boleh bernafas.
Insiden berkenaan mencetuskan sekali lagi kemarahan orang ramai berhubung keganasan polis terhadap komuniti kulit hitam di Amerika Syarikat.
Agensi
Fri May 29 2020

Jiminez ditahan ketika sedang membuat lintas langsung. -Twitter/Omar Jiminez

Penculikan | 279 pelajar diculik di asrama, dipulangkan
Ratusan pelajar sekolah di Nigeria yang diculik dari sekolah berasrama penuh di Zamfara minggu lalu telah dibebaskan semula pada Selasa. Menurut pihak berkuasa, seramai 279 kanak-kanak itu dilaporkan berada dalam keadaan baik.

Liga Hoki Malaysia | Tiga pemain THT perlu kemuka surat bebas COVID-19
Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal berkata, ia bagi memastikan mereka benar-benar sembuh, sekali gus mengelakkan risiko jangkitan kepada pemain lain.

Penerima Organ | Jenazah Mohd Afiq selamat disemadikan
Jenazah Mohd Afiq Ikmal Muhammad, 23, penerima hati pertama negara selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Barokah, Kampung Masjid Tikam Batu, kira-kira jam 6 petang tadi.

Ekonomi negara dijangka pulih pada suku ketiga - Pakar
Ekonomi negara dijangka pulih pada suku ketiga. Felo Akademi Sains Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma melihat, pemulihan itu akan berlaku dengan pantas sekiranya rakyat terus mematuhi prosedur operasi standard, SOP dengan ketat.

Gelembung Sukan | KHM tidak kompromi pasukan langgar SOP
Tindakan mengantung pasukan mungkin boleh dipertimbangkan jika didapati prosedur operasi standard (SOP) tidak dipatuhi.

Soalan Bocor | Berdiam diri tidak selesai masalah
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) perlu mengeluarkan kenyataan berhubung soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 didakwa bocor melibatkan topik Kertas 2 subjek Sejarah.

Peperiksaan Utama | KPM perlu pertimbang selaraskan jadual peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu mempertimbangkan cadangan untuk penyelarasan semula peperiksaan utama di Malaysia.

Duta AS ke Malaysia | Mcfeeters teruja kembali bertugas di Malaysia
Brian Mcfeeters, yang sebelum ini merupakan Penasihat Politik Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia, kembali dengan tugasan baharu. Kali ini sebagai Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia. Menerusi satu perkongsian video dimuatnaik menerusi akaun Kedutaan Amerika di Youtube, Mcfeeters akui teruja dan tidak sabar untuk berbakti dalam menjalankan komitmen ketika Malaysia dan Amerika berdepan pandemik.

5 perkara penting dalam sidang media KKM - 02 Mac 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hari ini berkaitan perkembangan terkini jangkitan COVID-19 di Malaysia.

Capaian Internet | Rakyat sambut baik teknologi 5G daripada kerajaan
Rata-rata penduduk yang ditemui Astro AWANI menyambut baik penambahbaikan teknologi 5G yang diperkenal kerjaan bagi tujuan pembelajaran, perniagaan mahupun pekerjaan seharian yang lebih lancar.

Cuaca buruk: Dua pesawat Indonesia gagal mendarat di Pontianak
Dua buah pesawat komersial Garuda Indonesia dan Lion Air yang dalam perjalanan Jakarta ke Pontianak gagal melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Supadio ekoran cuaca buruk.

Asam Laksa Pulau Pinang disenarai tempat ke-7 hidangan terbaik dunia
CNN menggambarkan asam laksa sebagai "hidangan yang akan membuat hidung anda berair sebelum sudu menyentuh bibir anda".

Trump pertimbang siar wawancaranya dengan CBS lebih awal
Sebelum ini, CNN melaporkan memetik sumber Trump secara tiba-tiba mengakhiri temu bualnya dengan CBS News pada Selasa selepas 45 minit diadakan.

Dua produk metformin yang ditarik balik tidak dibekalkan di Malaysia
Hanya produk metformin yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sahaja yang dibenarkan untuk dibekalkan kepada pesakit diabetes di negara ini.

Malas, tak nak buat apa-apa? Mungkin universiti ini sesuai untuk anda
Pemohon akan diminta memikirkan aktiviti yang mereka tidak mahu lakukan dan mengapa mereka merupakan orang yang paling layak untuk tidak melakukan apa-apa.

Rusuhan Minneapolis: Wartawan, jurukamera CNN ditahan ketika siaran langsung
Beberapa organisasi media lain mengecam penahanan itu, yang menyifatkan dua kru terbabit hanya cuma menjalankan tugas mereka.

COVID-19: Penduduk China dengan imunisasi lemah bakal jadi sasaran gelombang kedua - Pakar
China dijangka berdepan dengan gelombang kedua jangkitan COVID-19 yang disebabkan oleh sistem imunisasi penduduk yang lemah.

Kajian dedah virus COVID-19 rosakkan organ dalaman, boleh dipindah melalui najis
Kajian berasingan mendedahkan virus itu tidak hanya berhenti di paru-paru, sebaliknya menyerang pelbagai organ lain.

'Kim Jong Un masih hidup dan sihat' - Korea Selatan nafi laporan media AS
Moon Chung-in berkata kerajaannya tegas dengan pendirian bahawa pemimpin Korea Utara itu sihat.

COVID-19: Kesan potongan bajet, Kurt Angle antara bintang WWE diberhentikan sementara
Produksi gelanggang gusti profesional, World Wrestling Entertainment (WWE) pada Rabu, membuat keputusan sukar apabila menghentikan kontrak beberapa atlet gusti mereka termasuk bintang, Kurt Angle.