awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saintis dedah rupa dan wajah penduduk asal Britain

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
07/02/2018
10:24 MYT
Saintis dedah rupa dan wajah penduduk asal Britain
Cheddar Man dipercayai mempunyai kulit hitam gelap, mata biru cerah dan rambut kerinting gelap, mengikuti analisis DNA yang terbaharu.
WAJAH penduduk terawal Britain akhirnya dikenal pasti.
Dikenali sebagai 'Cheddar Man', fosil manusia yang lengkap dan dianggarkan berusia lebih 10,000 tahun itu ditemui pada tahun 1903 di Gough's Cave di Cheddar Gorge, Somerset.
Juga dianggap sebagai moyang penduduk Britain yang tertua, 'Cheddar Man' dipercayai mempunyai kulit hitam gelap, mata biru cerah dan rambut kerinting gelap, mengikuti analisis asid deoksiribonukleik (DNA) yang terbaharu.
Penyelidik dari Natural History Museum mengekstrak DNA dari fosil itu, sebelum sekumpulan saintis dari University College London menggunakan analisis genom berikutnya untuk pembinaan semula wajah.
"Bukan sahaja warna kulit yang menarik, gabungan pelbagai ciri yang ada padanya menjadikannya kelihatan tidak seperti masyarakat Britain yang anda lihat hari ini," kata Prof. Ian Barnes, salah seorang pengkaji dari Natural History Museum, seperti yang dipetik dari portal The Independent.
Analisa juga menunjukkan 'Cheddar Man' tidak mempunyai ketinggian seperti lelaki Britain hari ini, iaitu hanya sekitar 5 kaki 5 inci, dan meninggal dunia pada usia awal 20an.
Warna kulit yang cerah mungkin tiba di Britain selepas penghijrahan beramai-ramai penduduk dari Asia Barat sekitar 6,000 tahun yang lalu. Kumpulan penduduk ini mempunyai kulit pucat dan cerah serta mata coklat, dan populasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri seperti 'Cheddar Man' semakin berkurangan sedikit demi sedikit.
Ini bukan percubaan pertama untuk menganalisis DNA dari Cheddar Man. Pada akhir 1990an, ahli genetik Oxford University, Brian Sykes pernah melakukannya, namun keputusannya tidak pernah direkodkan dalam mana-mana jurnal akademik.
Topic Berkaitan
#Britain
#Cheddar Man
#DNA
#moyang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan