awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sam Bankman-Fried didapati bersalah tipu pelanggan, boleh dipenjara sehingga 115 tahun

Astro Awani
Astro Awani
03/11/2023
00:45 MYT
Sam Bankman-Fried didapati bersalah tipu pelanggan, boleh dipenjara sehingga 115 tahun
Sam Bankman-Fried didapati bersalah menipu pelanggannya dengan nilai keseluruhan AS$8 bilion. - Gambar fail
NEW YORK: Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried didapati bersalah atas tujuh pendakwaan menipu pelanggan-pelanggannya dengan nilai keseluruhan AS$8 bilion.
Sehubungan itu, Bankman-Fried berdepan hukuman penjara maksimum sehingga 115 tahun.
Kes melibatkan pemilik syarikat pertukaran mata wang kripto yang hampir muflis itu difahamkan merupakan penipuan kewangan terbesar yang pernah direkodkan.
Keputusan itu dibuat 12 juri Mahkamah Persekutuan Manhattan yang mensabitkannya bersalah atas semua tujuh pertuduhan yang dihadapinya selepas dibicara selama sebulan.
Juri mencapai keputusan tersebut selepas lebih empat jam perbincangan dilakukan.
Ketika dituduh, beliau mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan penipuan termasuk lima tuduhan konspirasi.
Penghakiman ini merupakan kemenangan bagi Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dan Damian Williams, antara pendakwa terbaik di Manhattan, yang menjadikan banteras rasuah dalam pasaran kewangan sebagai salah satu keutamaannya.
Beliau merupakan graduan Massachusetts Institute of Technology dan popular dengan gaya rambut kerintingnya.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Mahkamah Persekutuan
#Persatuan Sahabat Alam Malaysia
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan