awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sandiaga disebut sebagai pengganti Jokowi?

Agensi
Agensi
16/01/2020
11:40 MYT
Sandiaga disebut sebagai pengganti Jokowi?
Jokowi memulakan ucapannya dengan menyatakan beliau hanya mengingati satu nama dalam kalangan anggota kanan HIPMI terbabit iaitu 'bapak Sandiaga Uno'. - Gambar fail
Spekulasi mula timbul selepas Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi menyatakan Sandiaga Salahuddin Uno yang merupakan Timbalan Presiden dalam Pemilihan Umum 2019 (Pemilu) berkemungkinan besar menjadi penggantinya.
Beliau membuat pengumuman itu ketika majlis perasmian kepimpinan baharu Persatuan Pengusaha Muda Indonesia (HIPMI) semalam.
"Ketua HIPMI (Bahlil Lahadalia) sebelum ini memberitahu calon yang akan menggantikan saya dalam Pilihan Raya Presiden 2024 (Pilpres) hadir di majlis ini. Saya percaya ia adalah benar. Saya tidak akan menyatakan siapa namun beliau ada di sini sebentar tadi," kata Jokowi merujuk kepada Sandiaga atau mesra dengan panggilan Pak Sandi.
Jokowi memulakan ucapannya dengan menyatakan beliau hanya mengingati satu nama dalam kalangan anggota kanan HIPMI terbabit iaitu 'bapak Sandiaga Uno'.
"Bersedia untuk 2024," ujarnya.
Bekas Timbalan Gabenor Jakarta berusia 51 tahun yang merupakan pasangan regu kepada Prabowo Subianto yang merupakan pesaing Jokowi pada pilihan raya sengit pada April 2019.
Ahli perniagaan 'ganteng' yang mendapat perhatian ramai itu turut berkongsi klip ucapan Jokowi menerusi akaun Facebook miliknya."Beliau mungkin berjenaka atau mahu memberi galakan kepada saya. Beliau adalah seorang lelaki yang baik," katanya ketika memberi respons terhadap kenyataan pemimpin terbabit.
Topic Berkaitan
#Bahlil Lahadalia
#Facebook
#HIPMI
#Indonesia
#Jakarta
#Joko Widodo
#Pemilihan Umum 2019
#Pemilu 2019
#presiden
#Sandiaga Salahuddin Uno
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan