Selepas dibadai taufan Sandy, banjir dan terputus bekalan elektrik, penduduk bandar raya New York kini berhadapan dengan kekurangan bekalan petrol sehingga stesen-stesen minyak di sekitar bandar raya ini diserbu orang ramai.
Tinjauan di sekitar Jackson Heights dan Astoria yang terletak di Queens mendapati stesen minyak yang masih beroperasi dan mempunyai bekalan mengalami kesesakan dengan deretan kereta untuk mendapatkan bekalan.
Di Northern Boulevard, Jackson Heights, sebuah stesen minyak yang terletak di 72th Street, diserbu pemandu teksi sehingga polis terpaksa mengawal keadaan, kerana barisan menunggu yang sangat panjang.
Selain pemandu teksi dan kereta berbaris panjang menunggu giliran, orang perseorangan juga sanggup beratur panjang di dalam kawasan stesen minyak itu, membawa bersama mereka bekas untuk membeli petrol.
Empat pam dikhaskan kepada kereta dan teksi untuk mengisi minyak terus ke tangki minyak manakala dua pam lagi untuk orang perseorangan dan dihadkan kepada lima gelen setiap orang.
Polis juga dipanggil kerana keadaan menjadi kecoh selepas jalan dari arah Woodside ke Flushing sesak teruk apabila mereka berhenti menunggu giliran di bahu-bahu jalan.
Bagi Yadwinder Singh dan rakannya Rahul Singh, pekerja di Sikh Cultural Society Center (SCSC) terletak di Richmond Hill, terpaksa datang ke Jackson Heights untuk mengisi minyak van milik majikan selepas dimaklumkan rakan bahawa stesen minyak itu beroperasi.
Yadwinder semasa ditemui berkata: "Kami perlu mengisi tangki van milik pusat berkenaan kerana kami perlu meneruskan kerja amal dengan memberi makan kepada mangsa-mangsa taufan Sandy di sekitar kawasan Rockaway.
Rockaway, kawasan tepi pantai yang merupakan kawasan yang paling teruk terjejas dibadai taufan Sandy, apabila rumah, sekolah dan bangunan di kawasan berkenaan tenggelam selepas dibadai ombak laut dan dinaiki air pasang dari lautan Atlantik.
"Hari ini (Khamis) kami mengambil risiko apabila meneruskan juga usaha menghantar makan tengah hari yang dimasak oleh sukarelawan pusat berkenaan untuk diagihkan secara percuma kepada mangsa taufan Sandy walaupun minyak di dalam tangki sangat kurang," katanya.
"Kami keluar dari SCSC pada kira-kira pukul 9 pagi untuk mengisi tangki van di sekitar Atlantic Avenue dan Richmond Hills, kawasan berdekatan dengan pusat kami. Sebaliknya tidak berjaya kerana kebanyakan stesen minyak di kawasan itu tidak mempunyai bekalan," katanya semasa ditemui Bernama berhampiran stesen minyak di Northern Boulevard di sini, lewat petang Khamis.
Rahul berkata mereka tekad berusaha untuk mencari bekalan petrol mengisi tangki van pusat berkenaan kerana esoknya (Jumaat) terpaksa mengagihkan bekalan makanan untuk sarapan pagi dan makan tengah hari.
Bagi Christine Chong, rakyat Malaysia yang berasal dari Segamat, Johor dan pengusaha dua buah kedai dobi di bahagian timur utara Manhattan semasa dihubungi berkata, beliau hanya berjaya mengisi petrol di stesen minyak ketujuh berikutan enam lagi stesen minyak di kawasan rumahnya kehabisan bekalan.
"Saya terpaksa mengisi tangki kereta dengan minyak jenis 'Super' walaupun kereta saya menggunakan minyak 'Regular' selepas semua bekalan minyak jenis itu telah habis. Saya terpaksa berbelanja lebih mahal untuk mengisi dengan minyak "Super'," katanya yang tinggal di 96th Street Northern Boulevard di sini.
Christine berkata sejak dua hari lepas, perjalanan dari rumah ke kedainya yang selalunya mengambil masa 30 minit bertukar menjadi tiga hingga empat jam kerana kesesakan yang teruk, selepas kebanyakan penduduk membawa kereta ke pusat bandar untuk mula bekerja dan menjalankan perniagaan, setelah sistem pengangkutan transit dalam bandar lumpuh akibat beberapa bahagian terowong bawah tanah banjir teruk.
Bagi Nor Rosyida Sudin dari Kulim, Kedah yang kini menetap di New Jersey, negeri yang paling teruk dibadai taufan Sandy, berkata beliau terpaksa memandu lebih kurang sejam dari rumahnya ke Pennsylvania untuk mengisi tangki kenderaan pacuan empat roda beliau.
"Saya terpaksa membawa ketiga-tiga anak perempuan saya yang berusia tujuh dan tiga setengah tahun serta tujuh bulan bersama untuk mencari stesen minyak yang beroperasi untuk mengisi tangki serta bekalan untuk generator kami, selain keluar untuk bertemu mentua yang tinggal di Pennsylvania," katanya.
Beliau berkata sepanjang perjalanan itu, kebanyakan stesen minyak di New Jersey sudah ditutup kerana habis bekalan atau mempunyai barisan menunggu yang sangat panjang.
"Selepas percubaan untuk mengisi minyak di New Jersey gagal dan tidak tahan untuk menunggu dan anak kecil yang asyik menangis, saya mengambil keputusan ke Route 611 Bucks County di Pennsylvania untuk mengisi minyak kenderaan saya dan juga generator," katanya.
Bernama
Fri Nov 02 2012
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Lintas jalan bukan di tempatnya tidak jadi kesalahan di Bandar Raya New York pada Februari
Menyeberang jalan tanpa menggunakan laluan lintasan jalan tidak lagi akan dihukum di Bandar Raya New York bermula Februari.
Penyanyi rap AS Sean 'Diddy' ditahan berhubung dakwaan serangan
Penyanyi rap Amerika Syarikat Sean "Diddy" Combs ditahan di New York atas tuduhan serangan seksual, menurut pihak pendakwa raya pada petang Isnin
Musim panas landa AS, orang ramai cari lokasi sejuk
Aiskrim, tempat berteduh, dan kolam renang menjadi lokasi tumpuan apabila musim panas bermula dengan gelombang haba rekor di beberapa negeri di Amerika Syarikat.
Pesawat peribadi ghaib selama 53 tahun ditemui di dasar tasik
Serpihan sebuah pesawat jet peribadi yang hilang selama lebih 53 tahun selepas membawa lima lelaki berjaya ditemui di dasar Tasik Champlain.
Justin Bieber, isteri umum berita kehamilan
Penyanyi Justin Bieber dan isterinya Hailey Bieber memuat naik berita kehamilan anak pertama mereka di akaun sosial media masing-masing.
Pembaharuan fiskal kerajaan bantu perkukuhkan lagi keyakinan pelabur - MoF
Pembaharuan fiskal yang dilaksanakan kerajaan telah membantu memperkukuh lagi keyakinan pelabur terhadap Malaysia, kata Kementerian Kewangan.
Amir Hamzah ketuai delegasi ke mesyuarat bersama pelabur di New York
Menteri Kewangan II Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat bersama pelabur di New York, Amerika Syarikat dari 14 April hingga 16 April, 2024.
Gempa bumi di New York, New Jersey: Kementerian Luar giat selaras usaha
Gegaran dirasai di seluruh kawasan Tri-State (New York, New Jersey, Connecticut) dan sejauh utara Massachusetts.
Wanita tergamak ketuk kepala ibu dengan periuk sampai mati
Seorang wanita tergamak mengetuk ibunya dengan periuk masak hingga mati dan kemudian menelefon pihak kecemasan dengan mengakui melakukan pembunuhan kejam itu.
Umat Islam di New York teruja sambut kedatangan Ramadan
Ribuan umat Islam di New York menyambut permulaan Ramadan pada Ahad, dengan berkumpul di Times Square yang simbolik.