awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sanggup disuntik 90 kali gara-gara jual kad vaksinasi

Astro Awani
Astro Awani
04/04/2022
03:00 MYT
Sanggup disuntik 90 kali gara-gara jual kad vaksinasi
Seorang lelaki di Jerman sanggup membiarkan dirinya disuntik sehingga 90 kali demi mendapatkan maklumat vaksinasi untuk dijual. -Gambar hiasan/Freepik
SAXONY: Seorang lelaki Jerman berusia 60 tahun sanggup membiarkan diri sendiri diberi suntikan vaksin COVID-19 sehingga 90 kali tanpa menghiraukan kesan ke atas tubuh badannya.
Lelaki itu, yang identiti tidak didedahkan, mengambil risiko berbuat demikian semata-mata untuk menjual kad vaksinasi kepada mereka yang enggan mengambil suntikan.
Namun perbuatannya berjaya dihidu pihak berkuasa apabila lelaki berkenaan hadir di sebuah pusat vaksinasi di Eilenburg, Saxony, Jerman untuk mengambil suntikan COVID-19 bagi hari kedua berturut-turut.
Agensi berita Jerman, dpa melaporkan, lelaki itu tidak ditahan tetapi sedang disiasat kerana mengeluarkan kad vaksinasi tanpa kebenaran, selain memalsukan dokumen berkaitan.
View this post on Instagram
A post shared by TRT World (@trtworld)
“Polis telah merampas beberapa kad vaksinasi kosong daripada lelaki tersebut, dan kini sedang membuat persiapan untuk meneruskan prosiding jenayah.
“Dengan mengambil suntikan berkenaan, lelaki itu dengan mudah memperoleh nombor kumpulan vaksin yang sebenar untuk diletakkan ke atas kad tersebut,” menurut laporan itu lagi.
Pada Ahad, agensi pengawalan wabak penyakit negara itu melaporkan 74,053 kes baharu dalam masa sehari, manakala kurang dari seminggu yang lepas, 111,224 kes baharu tercatat.
Secara keseluruhan, Jerman merekodkan jumlah kematian sebanyak 130,029 akibat COVID-19.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#lelaki 60 tahun
#90 kali suntikan vaksin
#kad vaksinasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan