Mangsa ke-10 dan ke-11, remaja yang terperangkap di dalam gua Tham Luang di sini sejak 23 Jun lalu berjaya dikeluarkan pasukan penyelamat.
Ini menjadikan sejumlah 11 pelajar telah berjaya diselamatkan sejak Ahad lalu.
Sekaligus fokus pasukan penyelamat ketika ini adalah membawa keluar seorang lagi pelajar serta jurulatihnya.
Lapor Reuters, kedua-dua mangsa itu dilihat dibawa keluar menaiki pengusung dari gua tersebut.
BACA: Kapal selam mini dah sampai' - Elon Musk
BACA: 13 Pemain, jurulatih Wild Boar 'kempunan' ke Rusia
BACA: Tabik hormat buat mu jurulatih, Ekapol
Mereka merupakan antara tiga yang diselamatkan pada Selasa, yang merupakan hari ketiga operasi dijalankan.
Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan media secara rasmi dikeluarkan pihak berkuasa.
Remaja lelaki itu diberi rawatan perubatan oleh anggota tentera yang ditempatkan berhampiran gua sebelum dibawa ke hospital wilayah.
Ketua pasukan operasi, Narongsak Osottanakorn berkata cabaran lebih besar mendepani pasukan penyelamat apabila seorang mangsa perlu dibawa keluar bersama pasukan penyelam Thai Navi SEAL yang menemani mereka sebelum ini.
Menurutnya semua remaja yang kini berada di sebuah hospital di Chiang Mai mempunyai jangkitan dan berada dalam keadaan lemah kerana tidak cukup makan.
Jelasnya, ada di antara remaja itu yang meminta diberikan roti berperisa coklat namun buat masa ini mereka hanya diberikan makanan lembut kerana terlalu lemah.
Mengenai operasi menyelamat pada hari ini yang bermula pada jam 10 pagi, Narongsak berkata, operasi oleh 19 penyelam terlibat dijangka dapat dilengkapkan sepenuhnya pada hari ini.
"Paras air di gua pada hari ini adalah sama seperti paras air sejak dua hari lalu. Saya yakin bahawa remaja-remaja dan jurulatih mereka yang masih terperangkap dapat dikeluarkan pada hari ini dalam jangka masa yang lebih cepat berbanding semalam.
"Seorang doktor dan tiga anggota tentera laut SEAL Thai yang telah berada di dalam gua itu bersama mangsa selama akan turut keluar hari ini jika semua mangsa dapat diselamatkan," katanya.
Menurutnya, operasi pada hari ini dijangka lebih sukar dan mengambil masa lebih lama kerana jumlah individu yang akan dibawa keluar.
Sementara itu, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Thailand Thongchai Lertwilairattanapong dalam sebuah sidang media pada waktu pagi berkata remaja yang termuda dalam pasukan bola sepak Wild Boar itu berumur 12 tahun.
Jelasnya antara ayat-ayat pertama mereka adalah 'saya rindu ibu bapa' dan 'mahu pulang ke rumah'.
Apabila ditanya sama ada mereka akan dibawa ke Rusia bagi menonton perlawanan akhir bola sepak Piala Dunia, beliau berkata remaja-remaja tersebut terlalu lemah untuk membuat perjalanan jauh dan hanya boleh menonton di kaca televisyen jika keadaan kesihatan mereka bertambah baik.
Agensi
Tue Jul 10 2018
Sekaligus fokus pasukan penyelamat ketika ini adalah membawa keluar seorang lagi pelajar serta jurulatihnya. - Foto REUTERS
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
UCL: Trio Mbappe-Vinicius-Bellingham pacu kemenangan Real Madrid atasi Atalanta
Real Madrid mengesahkan kemenangan 3-2 Liga Juara-Juara (UCL) yang diperlukan berdepan Atalanta.
Lionel Messi, Cristiano Ronaldo tercicir daripada FIFPRO World 11
Jude Bellingham, Vinicius Junior, dan Kylian Mbappe merupakan antara enam pemain Real Madrid yang mendominasi senarai FIFPRO World 11.
Kecederaan otak akibat tanduk bola risiko pemain bola sepak hidap demensia - Kajian
Tiada bukti risiko pemain bola sepak hidap demensia dikaitkan dengan gaya hidup mereka.
Bergson, Hidalgo boleh dinaturalisasikan - Tunku Mahkota Ismail
Tunku Mahkota Ismail berpandangan Bergson Da Silva boleh dinaturalisasikan bagi memperkuat pasukan bola sepak negara.
Piala AMEC: Hannah Yeoh titip pesanan buat Harimau Malaya
Menteri Belia dan Sukan memahami transisi yang berlaku dalam Harimau Malaya, namun, beliau optimis sekiranya skuad fokus, mereka boleh melaksanakannya.
EPL: Manchester City tamat kemarau kemenangan atasi Nottingham Forest
Jaringan Bernando Silva, Kevin De Bruyne dan Jeremy Doku menoktahkan rekod buruk City untuk kembali memperbaiki kedudukan dalam kelompok empat teratas.
Tiada istilah skuad kedua Harimau Malaya - Dollah Salleh
Dollah Salleh percaya tiada istilah skuad pertama mahupun kedua membabitkan pasukan kebangsaan itu yang bakal menggalas tugas negara pada saingan Piala ASEAN 2024 bermula Ahad ini.
KBS tunggu pengesahan rasmi kerajaan Johor jadi tuan rumah bola sepak Sukan SEA 2027
KBS sedang menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan Johor untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 bagi sukan bola sepak.
NADSAR bakal pacu ekosistem sukan dron di Malaysia
NADSAR diperkenalkan hari ini bagi memacu ekosistem pembangunan sukan dron sekali gus melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam industri dron yang semakin berkembang di Malaysia.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.