NEW YORK: Lagi persembahan teater Broadway terpaksa dibatalkan selepas seorang lagi pelakon utama, Sarah Jessica Parker disahkan positif COVID-19 pada Khamis.

Menurut penganjur, apa akan berlaku pada beberapa persembahan 'Plaza Suite' yang telah dijadualkan di Teater Hudson akan diumumkan tidak lama lagi.

Parker dikesan positif virus berkenaan selepas suaminya, Matthew Broderick disahkan positif pada Isnin lepas.

Kes baharu COVID-19 semakin meningkat di New York, Amerika Syarikat terutama dalam kalangan pelakon persembahan teater Broadway.

Sebelum ini, persembahan musikal 'A Strange Loop' terpaksa dibatalkan selepas sebilangan kes positif COVID-19 dikesan dalam kalangan pelakon dan kru penerbitan.

Persembahan teater Broadway 'Macbeth' juga dibatalkan selepas pelakon utamanya Daniel Craig dikesan positif virus itu.