awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya patut jadi Person of The Year' - Donald Trump

APTN
APTN
22/12/2015
03:15 MYT
'Saya patut jadi Person of The Year' - Donald Trump
TRUMP: Mereka (TIME) sepatutnya memberikan (pengiktirafan) itu kepada saya. Sebab itu majalah TIME sekarang merudum. - Foto AFP
CALON Presiden Amerika Syarikat yang penuh kontroversi Donald Trump berkata beliau sepatutnya menjadi "Person of The Year" bagi majalah TIME.
Dalam ucapan di hadapan penyokong di Michigan, Trump mempersoalkan mengapa Cancelor Jerman Angela Merkel yang menerima pengiktirafan itu.
"Mereka (TIME) sepatutnya memberikan (pengiktirafan) itu kepada saya. Sebab itu majalah TIME sekarang merudum.
"Mereka beri kepada seorang wanita (Merkel) yang melakukan kesalahan di Jerman. Beliau (Merkel) tidak melakukan perkaran yang betul."
"Beliau wanita yang baik, saya suka beliau dan saya perlu suka beliau kerana saya mungkin perlu bekerjasama dengan beliau.
"Putin (Presiden Rusia) menyukai saya, saya mahu beliau (Merkel) menyukai saya juga," ujarnya.
Majalah TIME baru baru ini menamakan Merkel sebagai 'Person of The Year' susulan pengaruh kuat beliau di Eropah.
Selain sudah memimpin ekonomi terkukuh Eropah, Jerman selama lebih 10 tahun, Merkel turut bertindak sebagai penyelesai utama dalam isu hutang Greece.
Keengganan Merkel memotong jumlah hutang Greece seperti dituntut negara Kesatuan Eropah (EU) lain membuatkan orang ramai mewujudkan satu perkataan khas menterjemah sikap tersebut iaitu 'Merkeling".
Ia membawa Maksud kesabaran ala Jerman dalam menyelesaikan isu besar yang mendesak seperti hutang Greece yang kemungkinan membawa jatuh EU.
Merkel menangkis tanggapan bahawa beliau mempunyai hati batu dalam isu hutang dengan menerima kemasukan pelarian Syria dan berikrar menerima sehingga sejuta pelarian.
Pendirian itu menerima keceman hebat termasuk dari negara Eropah lain, namun Merkel kekal dengan pendirian.
Topic Berkaitan
#AS
#Merkel
#TIME
#Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan