Krisis pelarian yang melanda Eropah menyimpan pelbagai cerita, termasuklah berkaitan sekumpulan pelarian remaja dan kanak-kanak lelaki yang sanggup bergadai nyawa demi mencari kehidupan lebih baik di Eropah.
Sasaran mereka kini adalah untuk menaiki bot dari bandar Patras di Greece untuk terus masuk ke negara lain di Eropah.
Pelarian ini, berusia semuda 12 tahun, mengembara bersendirian, meninggalkan keluarga mereka di Afghanistan, Pakistan dan pelbagai negara bergolak di Asia.
Menurut laporan media di UK pada 2017, pelarian kanak-kanak yang tiada ibu bapa bersama mereka, terdedah kepada eksploitasi seksual sepanjang perjalanan mereka.
Ada di antara mereka yang terpaksa menjual tubuh badan untuk mendapatkan penyeludup untuk menyeludup mereka ke negara yang lain di Eropah.
Laporan berkenaan yang memetik kajian daripada Harvard University, mendedahkan, ia turut melibatkan pelarian remaja dan kanak-kanak dari Syria, Afghanistan dan Pakistan yang terkandas di Greece.
Remaja dan kanak-kanak ini didagang dengan harga EUR15,dengan mangsa terbesar adalah remaja lelaki Afghan, Syria, Iraq dan Iran dengan pelanggan adalah terdiri daripada lelaki 35 tahun ke atas.
Remaja dan kanak-kanak ini tekad dan nekad, untuk melakukan apa sahaja, termasuk menyeludup masuk ke dalam feri dan kenderaan lain untuk merentasi Eropah ke bandar utama.
Menurut pihak berkuasa yang menguruskan pelarian, ketika ini terdapat lebih 80 pelarian remaja dan kanak-kanak lelaki tanpa ibu bapa di Patras yang tinggal secara berkumpulan di dalam sebuah kilang tinggal.
Tambah pihak berkuasa berkenaan, remaja dan kanak-kanak lelaki ini lebih rela mati mencuba untuk sampai ke destinasi mereka daripada menjadi pengecut di kem pelarian, ketika keluarga mereka mati di negara asal.
Sejak Eropah menutup sempadannya pada 2016, pemeriksaan di sempadan ditingkatkan dan pihak berkuasa yang mengawal sempadan membuat 3 kali ganda tangkapan daripada sebelum ini.
Agensi
Sun Dec 24 2017
Seorang pelarian melompat pagar di pelabuhan feri di Patras pada April 28, 2015. Kumpulan pelarian ini cuba sedaya upaya untuk lari dari bandar itu untuk meneruskan perjalanan mereka ke negara lain. (foto: REUTERS/Yannis Behrakis)
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Mengimbas kembali cubaan rampasan kuasa khianat 2016 di Turkiye
Banyak institusi dan organisasi negara, terutama Majlis Agung Kebangsaan Turkiye, Kompleks Presiden dan Direktorat Polis Wilayah Ankara, dibom.
Kes bunuh bekas isteri: Warga Amerika Syarikat terlepas tali gantung
Mahkamah memutuskan perayu tidak mempunyai niat untuk membunuh bekas isterinya.
Bukan 'Datuk' yang saya buru - Pandelela
Gelaran Datuk tiada dalam buruan ratu terjun negara, Pandelela Rinong.
Bekas pengurus besar PPNT didenda RM5,000 kemuka resit palsu
Che Sa'adon didakwa menggunakan resit bertarikh 17 Sept 2016 bagi pembelian ikan kerapu hibrid berjumlah RM600 di pejabat PPNT pada Sept 2016.
RM6 bilion diperlukan bagi program restorasi hutan terosot - Muhyiddin
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa kerajaan amat serius dalam melaksanakan program restorasi hutan terosot di seluruh negara.
MAVCOM terima 1,403 tuntutan bayaran balik berkaitan COVID daripada pengguna
MAVCOM menerima 1,403 permintaan bayaran balik berkaitan dengan COVID-19 daripada pengguna pada separuh kedua 2020.
"Gunung tinggi sanggup aku daki..", padahal lelaki ini menipu pernah takluk Gunung Everest
Ia selepas satu siasatan dilakukan bagi menentukan kebenaran sama ada mereka benar-benar mendaki gunung tersebut.
Pilihan Raya Sarawak mungkin tahun depan - Dr Sim
Mengadakan pilihan raya ketika kes COVID-19 masih meningkat hanya akan membahayakan nyawa rakyat Sarawak
Taman tema didenda lebih RM10 juta, sebabkan kematian empat pengunjung
Dreamworld didenda RM10.4 juta susulan kematian empat pengunjung yang semasa melakukan aktiviti air Thunder River Rapids pada 2016.
Rosmah 'biaya' cybertroopers RM100,000 sebulan, pantau berita negatif termasuk isu beg tangan mahal
Datuk Rizal Mansor mendedahkan kepada Mahkamah Tinggi bahawa isteri bekas Perdana Menteri itu mengarahkannya menubuhkan satu pasukan cybertroopers.