awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sebahagian besar trak bantuan dirompak akibat kekacauan dicetuskan Israel

Bernama
Bernama
03/08/2025
02:40 MYT
Sebahagian besar trak bantuan dirompak akibat kekacauan dicetuskan Israel
Penduduk Palestin menyerbu trak untuk mengambil bekalan makanan daripada konvoi bantuan kemanusiaan yang dalam perjalanan ke Gaza City, di pinggir Beit Lahiya, utara Semenanjung Gaza, 1 Ogos 2025. (Foto AP)
GAZA CITY / ISTANBUL: Kerajaan Palestin di Semenanjung Gaza pada Sabtu berkata bahawa sebahagian besar daripada 36 trak bantuan yang dibenarkan memasuki wilayah itu pada Jumaat telah dirompak berikutan kekacauan yang sengaja dicetuskan oleh Israel, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Pejabat Media Kerajaan Gaza menuduh Israel melaksanakan "dasar huru-hara dan kebuluran" di Gaza, sambil menyatakan bahawa lori-lori bantuan menjadi sasaran rompakan dan kecurian sebagai sebahagian daripada "rancangan pemusnahan sistematik" yang bertujuan membiarkan penduduk wilayah itu terus kebuluran.
Minggu lalu, Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberi amaran bahawa satu pertiga daripada penduduk Gaza tidak mendapat makanan selama beberapa hari berturut-turut akibat sekatan Israel.
WFP menganggarkan bahawa satu daripada empat rakyat Palestin di Gaza kini berdepan keadaan seperti kebuluran, manakala 100,000 wanita dan kanak-kanak sedang menderita kekurangan zat makanan yang teruk.
Israel mengenakan sekatan ke atas Gaza selama 18 tahun, dan sejak 2 Mac lalu, semua lintasan sempadan ditutup sepenuhnya, sekali gus menyekat kemasukan bantuan kemanusiaan dan memburukkan lagi keadaan yang sedia genting di wilayah itu.
Pegawai Palestin menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 600 lori bantuan diperlukan setiap hari bagi memenuhi keperluan 2.4 juta penduduk di Gaza.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Palestin
#bantuan kemanusiaan
#Israel
#kebuluran
#trak dirompak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami