awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
WDS 2026 platform pendedahan teknologi pertahanan global - Mohamed Khaled
Azalina bentang Kerangka Akauntabiliti MADANI di CLMM 2026 Fiji
“Melaka Tourism Passport” tawar penjimatan hingga RM268 bagi 63 produk pelancongan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sebuah negeri di Australia berdepan gelombang baharu jangkitan COVID-19

Bernama
Bernama
04/11/2023
08:01 MYT
Sebuah negeri di Australia berdepan gelombang baharu jangkitan COVID-19
Ketua Pegawai Kesihatan Awam SA, Nicola Spurrier berkata peningkatan kes itu jelas adalah permulaan "gelombang baharu" jangkitan COVID-19. - Gambar hiasan/Reuters
CANBERRA: Penurunan imuniti menyebabkan peningkatan kes COVID-19 di Australia Selatan (SA), kata ketua kesihatan negeri itu.
Menurut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan SA pada Jumaat, terdapat 1,691 kes baharu COVID-19 dan empat kematian dilaporkan di seluruh negeri itu dalam tempoh pelaporan tujuh hari yang berakhir pada Selasa, lapor Xinhua.
Jumlah kes itu menunjukkan peningkatan sebanyak 55 peratus berbanding 1,089 kes dalam tempoh tujuh hari sebelum ini yang juga angka mingguan tertinggi sejak Jun.
Ketua Pegawai Kesihatan Awam SA, Nicola Spurrier berkata peningkatan kes itu jelas adalah permulaan "gelombang baharu" jangkitan COVID-19.
Bagaimanapun, beliau menafikan peningkatan itu ada kaitan dengan varian BA.2.86 - atau Pirola - yang kali pertama dikesan di Australia pada September.
Spurrier turut meramalkan SA akan mengalami satu lagi lonjakan kes COVID-19 dalam enam bulan lagi.
Angka terkini yang dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di SA sejak permulaan wabak itu kepada 939,051 kes manakala jumlah kematian kepada 1,624 orang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#gelombang baharu
#Australia Selatan
#jumlah kematian
#lonjakan kes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan