Skip to main content

Dunia

AS sedang bina 'kompleks besar' tentera di bawah Rumah Putih - Trump

U.S. President Donald Trump talks to members of the media while holding up renderings of the planned White House ballroom, aboard Air Force One en route to Joint Base Andrews, Maryland, U.S., March 29, 2026. REUTERS/Elizabeth Frantz
Trump berkata, dewan berkenaan akan mempunyai "kaca kalis peluru" dan "bumbung dan siling kalis". - Gambar/ Reuters

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata pada Ahad bahawa pihak tentera negara itu sedang membina "kompleks besar" di bawah dewan besar di Rumah Putih, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Pihak tentera sedang membina kompleks besar di bawah dewan itu dan sedang dalam pembinaan, dan kami melakukannya dengan sangat baik, jadi kami mendahului jadual,” Trump memberitahu pemberita di dalam Air Force One ketika dalam perjalanan ke Washington, DC.

Advertisement

Tahun lepas, Trump mengumumkan pembinaan dewan besar (ballroom) seluas 90,000 kaki persegi (8,361 meter persegi) yang dianggarkan menelan belanja US$400 juta.

"Kami mendahului jadual dan di bawah bajet. Semua wang itu dibayar oleh saya sendiri dan penderma," katanya kepada pemberita.

Trump berkata "tiada satu sen pun" wang kerajaan diperuntukkan untuk pembinaan dewan itu.

Menurut presiden dewan berkenaan akan mempunyai "kaca kalis peluru" dan "bumbung dan siling kalis".

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video