awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sedia untuk bingit! Selepas 17 tahun, berbilion telur makhluk ini bakal menetas

Agensi
Agensi
27/03/2021
02:37 MYT
Sedia untuk bingit! Selepas 17 tahun, berbilion telur makhluk ini bakal menetas
Penetasan telur riang-riang Brood X akan terjadi di bahagian tengah, di timur Amerika Syarikat, sejauh timur Tennessee, hingga ke bahagian selatan New York. - Foto REUTERS
BAGI jutaan rakyat Amerika Syarikat (AS), bulan Mei nanti mereka akan berdepan dengan suasana yang bingit.
Fenomena alam itu terjadi apabila sekali dalam tempoh 17 tahun, sejenis riang-riang hutan atau cicada akan menetas dari telurnya, dan spesies itu dijangka bersaiz besar.
Penetasan riang-riang yang dipanggil Brood X itu, bakal terjadi apabila tanah musim bunga yang semakin hangat mencapai paras suhu tertentu.
Berbilion-bilion anak riang-riang, yang selama 17 tahun tersembunyi di dalam tanah dan di celah-celah akar pokok, akan merangkak keluar, bersalin kulit dan mula mencari makanan dan teman untuk mengawan.
Agak sukar untuk meramalkan tarikh yang khusus bagi permulaan penetasan itu, namun kurator zoologi invertebrata dari American Museum of Natural History, New York, Dr Jessica Ware, melihat pada tarikh sekitar 13 Mei.
"Mei bakal menjadi bulan yang bising, kerana bunyi dari riang-riang itu,” ujar Ware.
An invasion is coming. This spring, trillions of cicadas will emerge from the ground around us, announcing their arrival with a cacophony of sound & piles of molted skin. Brood X which arrives every 17 years should appear sometime in May #nature #wildlife pic.twitter.com/FMtEAcgIf1
— National Mall NPS (@NationalMallNPS) March 17, 2021
Riang-riang jantan menghasilkan bunyi yang kuat dan nyaring, dengan menggetarkan segmen pada bahagian abdomennya.
"Ia seperti satu tarian. Si jantan akan menunjukkan kebolehan menghasilkan bunyi yang paling kuat, sekali gus membuktikan bahawa ia adalah teman mengawan yang terbaik.
“Riang-riang betina pula akan mendengar, sama ada bunyi itu cukup kuat dan sampai ke jarak paling jauh. Ini suatu tarian akustik yang sangat rumit,” jelas Ware.
Brood X cicadas are coming this Spring and I, too, feel like I'll be emerging from a 17-year underground hibernation to yell in public.
— Juliana Finch (@writeplayrepeat) March 21, 2021
Spesies riang-riang tersebut berbeza dengan riang-riang lain yang mempunyai kitaran hidup tahunan. Riang-riang lain lazimnya boleh didengari setiaptahun pada malam musim panas.
Ware berkata, para saintis masih tidak jelas tentang sebab riang-riang Brood X ini memiliki kitaran hidup yang sangat panjang, namun tidak menolak kemungkinan ia telah berevokusi sebagai mekanisma kelangsungan hidup.
Ware menjelaskan, riang-riang adalah tidak berbahaya, dan kemunculan spesies itu adalah sumber makanan bagi burung, haiwan dan serangga lain.
"Sangat teruja apabila memikirkan tentang kemunculan Brood X kerana kali akhir spesies ini dilihat di atas tanah adalah pada tahun 2004. Bila anda memikirkannya, banyak yang telah terjadi sepanjang tempoh 17 tahun itu,” ujar Ware.
Penetasan telur riang-riang Brood X akan terjadi di bahagian tengah, di timur Amerika Syarikat, sejauh timur Tennessee, hingga ke bahagian selatan New York.

** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Topic Berkaitan
#brood x
#cicada
#riang-riang
#Amerika Syarikat
#serangga
#alam semula jadi
#hidupan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan