Negara Jepun tidak asing lagi dengan acara gilang-gemilang temasya Olimpik kerana negara yang bakal menjadi hos bagi Olimpik pada 2020 ini telah menjadi tuan rumah sebanyak tiga kali.
Kali pertama ialah sewaktu musim panas di Tokyo pada 1964, diikuti pula dengan sukan Olimpik Musim Sejuk di Sapporo pada 1962 dan di Nagano pada 1998.
Bagi acara temasya 2020, giliran Tokyo yang serba futuristik sekali lagi menjadi tuan rumah dan bercakap tentang persediaan dan apa sahaja berkaitan teknologi moden, semuanya boleh dilihat di ibu negara Jepun ini sendiri.
Jika berbalik semula pada acara sukan bersejarah di Tokyo pada 1964, ia merupakan acara Olimpik pertama yang diadakan di Asia dan pelbagai sejarah yang telah dilakarkan pada waktu itu.
Jadi, andainya bercakap tentang dari segi persediaan sebagai tuan rumah pastinya negara yang sangat sinonim dengan gelaran 'negara maju' ini boleh dikatakan hampir bersiap sedia sepenuhnya.
Mana tidaknya, negara yang cukup optimistik ini telah menelan perbelanjaan mencecah 2.16 trilion yen (RM83 bilion) bagi memberikan kelengkapan kepada 15,490 atlet Olimpik dan Paralimpik dan itu termasuk kemudahan stadium dan kampung atlet di mana tempat penginapan yang ditempatkan di tengah-tengah bandar Tokyo.
'Road to Olympic' kini sudah 95 peratus!
Menurut Profesor Shige Nakajima, pengajar di Japan College of Foreign Language yang merupakan wakil sukarelawan Tokyo Olimpik 2020, persediaan bagi Olimpik Tokyo sudahpun mencecah 95 peratus.
"Keseluruhan persediaan Olimpik ialah sebanyak 95 peratus, ini termasuklah latihan-latihan yang diberikan kepada para sukarelawan yang akan bertugas pada 24 Julai tahun depan," katanya sewaktu ditemu bual Astro AWANI di Tokyo.
Lebih kurang 250 hari lagi menjelang acara Sukan Olimpik Tokyo 2020, dan jika anda melancong ke negara tersebut pada masa ini, anda sudah dapat melihat persediaan mereka untuk menyambut pengunjung dari seluruh dunia lebih-lebih dan ternyata semangat kesukanan itu boleh dilihat secara jelas.
BACA: Wilayah Ehime, 'syurga' buat komuniti sukan
BACA: Shimanami Kaido, laluan berbasikal terbaik di dunia!
Dijangka seramai 100 juta manusia dari seluruh pelosok dunia bakal mengunjungi ibu negara Jepun ini bagi memeriahkan dan memberikan sokongan di dalam setiap acara Olimpik dan juga Paralimpik termasuk upacara pembukaan dan penutupan.
Jumlah yang besar ini pastinya dipandang serius oleh pihak penganjur yang bertanggungjawab iaitu Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) yang telah membuat saringan bagi 110,000 wakil sukarelawan untuk menjadi 'wajah' Olimpik atau insan yang memudahkan segala urusan sepanjang acara itu berlangsung pada 24 Julai hingga 9 Ogos 2020.
Menurut Profesor Shige, kesemua sukarelawan tersebut akan diagihkan kepada dua bahagian iaitu di ruangan pekarangan stadium ataupun diletakkan di seluruh bandar yang mana melingkungi kawasan lapangan terbang sehinggalah di tempat kemudahan pengangkutan awam dan tempat penginapan atlet.
Para sukarelawan ini juga sebenarnya bukan sewenang-wenangnya dapat tercalon kerana pihak IOC akan menitikberatkan juga sekiranya yang menghantar permohonan untuk menjadi sukarelawan ini mempunyai rekod jenayah atau sebagainya.
Sebaik sahaja terpilih, mereka akan dihantar untuk menyertai tiga sesi bengkel bermula Oktober hingga April sebagai persediaan dan pada waktu itu juga mereka akan disemaikan dengan sejarah atau latar belakang Olimpik serta apa yang mereka perlu tahu tentang acara sukan bertaraf dunia itu sendiri.
Tidak cukup dengan itu, sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai usia itu juga akan diberi persediaan dari segi pelan kecemasan dan langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku sebarang kejadian bencana alam dan ancaman daripada pengganas dan sebagainya.
Hal ini kerana, sewaktu Olimpik di Rio de Janeiro pada 2016, masalah kadar jenayah yang tinggi telah menjadi kebimbangan kepada pengunjung pada waktu itu.
Meskipun Tokyo dikategorikan sebagai salah satu bandar paling selamat dalam dunia, mereka pastinya sudah mengambil langkah awal bagi mencegah atau mengatasi perkara itu daripada berlaku.
Sebanyak 136 buah negara dari seluruh dunia bakal bertandang di acara Olimpik musim panas kali ini, dan sudah tentu setiap negara ini akan membawakan budaya dan kepercayaan yang berbeza.
Oleh itu, beberapa modul bagi mempelajari perbezaan kaum, budaya dan agama turut diambil perhatian oleh IOC.
Sebagai contoh, kesemua sukarelawan akan dimaklumkan bagaimana untuk berkhidmat kepada para atlet atau pengunjung yang beragama Islam kerana aspek makanan dan minuman halal itu mula diambil serius oleh negara Jepun.
60 peratus sukarelawan Olimpik adalah berusia 40 ke atas
Beruntung siapa yang terpilih untuk menjadi sukarelawan ini. Boleh dikatakan kesemua insan yang berjiwa sukan pastinya berebut untuk mengambil pengalaman menjadi sukarelawan ini kerana dari sudut kaca televisyen sahaja, penonton sudah boleh merasakan atmosferanya yang sangat luar biasa.
Lebih-lebih lagi apabila dapat berjumpa jaguh sukan yang mewakili negara tidak kira untuk acara Olimpik mahupun Paralimpik. Bagaimanapun permohonan sebagai sukarelawan kepada orang luar selain rakyat Jepun hanya terbuka sebanyak 10 peratus sahaja.
"Seramai 80,000 sukarelawan akan ditugaskan di venue Olimpik seperti di stadium dan pusat sukan manakala 30,000 lagi akan ditempatkan di seluruh bandar Tokyo itu sendiri," ujar Profesor Shige.
Kebanyakan yang menjadi sukarelawan di Olimpik Tokyo adalah mereka yang sudah berumur lebih daripada 40 tahun, iaitu membentuk 60 peratus.
Manakala 40 peratus lagi, ialah mereka yang berusia 30 tahun ke bawah. Itu menunjukkan tidak ramai tenaga muda yang akan mendapat pengalaman untuk mewakili rakyat Jepun dalam menyambut para pengunjung untuk Olimpik.
Hakikatnya, tidak hairanlah andai ramai yang menjadi sukarelawan kerana, menurut kajian Institut Penyelidikan Populasi dan Keselamatan Sosial Negara, bilangan orang tua semakin bertambah. Rakyat yang melebihi usia 65 tahun adalah sebanyak 28.4 peratus.
Dalam pada itu, nisbah tersebut diramal mencapai 30 peratus menjelang 2025 yang mana kesemua 6.5 juta golongan 'Baby Boomer' ini boleh mencecah sehingga 75 tahun atau lebih, dan itu menjadikan peratusan tersebut mencapai 35.3 peratus pada 2040.
Teknologi Jepun, satukan dunia
Halangan bahasa turut menjadi perkara yang sedang cuba untuk diatasi oleh pihak tuan rumah. Cara berkomunikasi menjadi cabaran di Jepun oleh sebab tidak ramai rakyatnya ini fasih berbahasa Inggeris.
Oleh itu, Shige menjelaskan bahawa isu tersebut bakal diatasi dengan suatu alat peranti mudah alih seperti gajet yang membolehkan ia menterjemah bahasa Jepun kepada beberapa bahasa lain seperti bahasa Inggeris, Korea, Mandarin dan begitu juga sebaliknya, yang membolehkan orang luar menterjemahkan ayat mereka kepada bahasa Jepun.
Pelbagai syarikat gergasi pengeluar teknologi seperti Panasonic kini berlumba dalam menghasilkan alat penterjemah tersebut untuk menyelesaikan masalah itu, dan dikatakan gajet tersebut boleh dilihat di lapangan terbang dan beberapa restoran lain.
Bagaimanapun, belum pasti sejauh mana alat penterjemah itu dapat dimanfaatkan oleh semua orang kerana Shige menjelaskan, kos bagi setiap alat penterjemah itu mahal dan berkemungkinan besar ia akan diagihkan kepada segelintir sukarelawan sahaja.
Jepun yang sentiasa selangkah di hadapan, turut muncul dengan satu idea dalam menyediakan tempat beribadat kepada golongan Muslim dengan fasiliti ‘surau mudah alih’ yang boleh menempatkan seramai 50 orang jemaah pada satu masa.
Menurut pengasasnya, Yasuharu Inoue, ‘surau mudah alih’ ini akan diparkirkan di destinasi Olimpik yang berbeza bagi memastikan setiap orang Islam dapat menjalankan kewajipan semasa sukan Olimpik Tokyo 2020. Inspirasi tersebut tercetus semasa Yasuharu melawat Qatar beberapa tahun lalu.
Banyak lagi keunikan tentang persediaan negara Jepun ini jika ingin disenaraikan. Namun, kesungguhan dan mentaliti kelas pertama yang dipersembahkan kepada seluruh dunia adalah sesuatu yang boleh dikagumi.
Pastinya acara temasya 2020 ini adalah suatu yang paling dinanti-nantikan oleh semua orang.
BACA: Risau cuaca panas, acara maraton Olimpik Tokyo dipindahkan ke Sapporo
Faris Danial Razi
Tue Nov 19 2019
Kali pertama Jepun menjadi hos Olimpik ialah pada musim panas di Tokyo tahun 1964, diikuti Olimpik Musim Sejuk di Sapporo pada 1962, dan di Nagano pada 1998. -Astro AWANI/ Faris Danial
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dua wakil Astro terima anugerah kewartawanan pada Nambikkai Star Icon Awards
Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah dipilih sebagai pemenang Anugerah Juri bagi kategori Wartawan Terbaik manakala Mahendran Veluplay dari Astro Seithigal memenangi kategori Pembaca Berita Popular.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Allahyarham S. Atan luar biasa, saya sendiri cemburu' - M. Nasir
Datuk M Nasir turut mengakui, beliau sendiri mungkin tidak dapat menyamai kebolehan S Atan dalam penghasilan karya tertentu.
ASA 2024: Astro AWANI ungguli empat kategori
Astro membawa pulang 13 anugerah pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA 2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Sabtu.
All Access to Rossa 25 Shining Years: 'Ini masa saya kongsi pengalaman hidup'
Rossa dedah perjalanan hidup dalam 'All Access to Rossa 25 Shining Years' termasuk perihal rumah tangga yang musnah di tengah jalan.
Fahmi ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga dan sahabat handai tabah dengan pemergian Allahyarham.
Azam Baki sahkan SPRM geledah 'safe house' ahli politik, temui mata wang asing RM5 juta
SPRM menemui sejumlah mata wang asing bernilai RM5 juta ketika menggeledah sebuah pangsapuri di ibu kota yang dipercayai dijadikan safe house seorang ahli politik berpengaruh.
Fattah Amin kalahkan Nabil dalam acara Run Challenge, bawa pulang hadiah RM1,000
Penyertaan Fattah dalam acara larian ini tidak dirancang, tetapi diterima atas permintaan ramai pendengar dan sambutan baik daripada Fattah sendiri.