JERUSALEM: Sejumlah 63 tebusan dalam konflik perang antara kumpulan pejuang Hamas dan Israel telah dibebaskan pada Jumaat.
Hamas telah membebaskan 24 tebusan, manakala Israel membebaskan 39 tahanan Palestin selepas gencatan senjata Israel-Hamas yang dirunding oleh Qatar berkuat kuasa.
Menurut jurucakap Kementerian Luar di Qatar, Majed Al-Ansari. antara tawanan yang dibebaskan ialah 13 warga Israel, 10 warga Thailand dan seorang warga Filipina.
Pembebasan 24 tawanan yang dijadikan tebusan oleh Hamas semasa serangan ke atas Israel pada 7 Oktober itu dibuat selepas perjanjian antara Israel dan Hamas, termasuk gencatan senjata selama empat hari dan pertukaran tawanan untuk rakyat Palestin yang ditahan di penjara Israel.
Qatar berkata 39 wanita dan kanak-kanak Palestin yang ditahan di penjara Israel telah dibebaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian itu.
Sementara itu, Jawatankuasa Antarabangsa Bulan Sabit Merah (ICRC) di Israel berkata bahawa kumpulan tebusan dari Palestin telah pun dipindahkan ke sempadan Rafah.
Tawanan Israel pula telah kembali ke wilayah Israel di mana mereka akan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum bersatu semula dengan keluarga mereka.
Menurut perjanjian yang ditaja oleh Qatar, Hamas akan membebaskan 50 wanita dan kanak-kanak, daripada kira-kira 240 orang yang ditawan oleh kumpulan itu semasa serangan ke atas Israel Selatan pada 7 Oktober.
Sebagai pertukaran, Israel akan membebaskan sejumlah 150 wanita dan kanak-kanak Palestin ditahan di penjara Israel, yang disifatkan oleh rakyat Palestin sebagai mangsa pendudukan Israel.
Astro Awani
Fri Nov 24 2023
Rakyat Palestin mengibarkan bendera negara itu ketika tahanan dibebaskan dari penjara Israel. - Foto REUTERS
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Padah besar menanti jika tebusan masih ditahan' - Trump
Menerusi hantaran di Truth Social, beliau turut menyifatkan tindakan menahan tebusan itu sebagai tidak berperikemanusiaan.
Israel tawar AS$5 juta jika kembalikan tebusan
Mana-mana individu yang menyerahkan tebusan kepada pihak Israel juga akan diberikan laluan selamat untuk keluar.
Ribuan turun ke jalanan Tel Aviv tuntut pembebasan tebusan
Protes besar-besaran telah menuntut pemimpin Israel berbuat lebih banyak bagi memastikan semua tebusan dibebaskan.
Hamas terima cadangan AS runding tebusan - Laporan
Hamas telah menggugurkan tuntutan agar Israel terlebih dahulu melakukan gencatan senjata kekal sebelum menandatangani perjanjian itu.
Netanyahu nekad selamatkan lebih ramai tebusan
Netanyahu nekad akan membawa balik semua baki 120 tebusan yang masih dalam kawalan Hamas.
Penyokong Israel di New York tuntut pembebasan tebusan
Perarakan yang dilakukan di beberapa jalan di Manhattan itu menarik ahli politik kanan termasuk Ketua Majoriti Senat dan Gabenor New York.
Wanita Israel tuntut pembebasan 130 tebusan di Gaza
Demonstrasi jalanan menentang kerajaan oleh keluarga dan penyokong daripada lebih 130 tebusan yang masih ditahan di Gaza masih diteruskan.
Pentadbiran AS 'tekad' capai gencatan senjata antara Israel, Hamas - Blinken
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken pada Rabu berkata pentadbiran Amerika Syarikat (AS) "bertekad" untuk mencapai perjanjian gencatan senjata antara Israel dan kumpulan Hamas.
Hamas kata tiada perjanjian tanpa pengunduran Israel dari Gaza
Gencatan senjata secara kekal adalah satu-satunya jaminan untuk menghentikan pertumpahan darah serta pembunuhan beramai-ramai.
Tebusan dalam kafe di Belanda dibebas selepas suspek serah diri
Suspek meninggalkan kafe itu dengan mengangkat tangannya dan ditahan polis di luar venue.