Pulau peranginan Phuket dikenakan sekatan keluar masuk mulai tengah malam ini hingga 30 April ini dalam usaha kerajaan Thailand membendung penularan wabak COVID-19 di destinasi pelancongan popular itu.
Ini susulan sembilan kes positif COVID-19 dikesan pada Isnin menjadikan jumlah 62 kes di pulau tersebut.
Gabenor Phuket, Phakaphong Tavipatana, berkata semua pintu masuk -- darat dan laut - ke pulau itu ditutup berkuat kuasa tengah malam Isnin.
Bagaimanapun, katanya, larangan tersebut tidak membabitkan pengangkutan udara, kenderaan membawa barangan komoditi, barangan penting, bekalan perubatan dan peralatan, bahan binaan dan kenderaan kerajaan dan perkhidmatan kecemasan.
Beliau berkata semua anggota diplomatik, badan antarabangsa serta wakil kerajaan yang menjalankan tugas di pulau itu dikecualikan daripada larangan itu dengan mengemukakan sijil kesihatan tidak lebih daripada 72 jam sebelum melakukan perjalanan.
"Mereka perlu mematuhi langkah pencegahan jangkitan yang dikenakan oleh kerajaan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Semalam, pulau peranginan itu menutup semua pantai, zoo dan tempat pejalan kaki di kawasan awam dan sehari sebelum itu Phakaphong menggesa orang ramai duduk di rumah dari jam 8 malam hingga 3 pagi sebagai usaha memerangi penularan jangkitan itu.
Menurutnya, semua van dan bas awam dilarang memasuki atau keluar dari Phuket, Pattani, Yala dan Narathiwat bermula Isnin sementara perkhidmatan kereta api digantung mulai 1 April.
Selain Phuket, tiga wilayah selatan Thailand - Narathiwat, Yala dan Pattani diletakkan di bawah perintah sekatan keluar masuk susulan peningkatan kes COVID-19 dengan dua kematian dilaporkan di Yala setakat ini.
Sehingga jam 1 tengah hari semalam, Thailand melaporkan 136 kes baharu positif COVID-19 dan satu kematian, menjadikan jumlah keseluruhan 1,524 kes dan sembilan kematian.
Kes kematian terbaru membabitkan seorang wanita tempatan berusia 56 tahun yang meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini, semalam.
Sementara itu, Pesuruhjaya Biro Polis Metropolitan, Leftenan Jeneral Pakkapong Pongpetra, berkata sekurang-kurangnya 27 pegawai polis dijangkiti penyakit itu manakala 326 lain dikenakan perintah kuarantin sementara menunggu keputusan ujian makmal.
"Pegawai yang dijangkiti terdiri daripada dua kumpulan iaitu mereka yang pulang dari lawatan kerja di Sepanyol dan mereka yang mengunjungi Stadium Tinju Lumpinee dan tempat hiburan Thong Lor," katanya.
Jumlah keseluruhan 1,524 kes dilaporkan itu merangkumi 715 kes di Bangkok, 82 di selatan Thailand dan 727 kes di wilayah-wilayah negara itu dengan 1,297 pesakit adalah warga Thailand dan 227 orang asing.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 30 2020
Pulau peranginan Phuket dikenakan sekatan keluar masuk mulai tengah malam tadi hingga 30 April ini.
AWANI 7:45 [15/12/2024] – Perbincangan awal | Termasuk lompat dalam parti kerajaan | Jangan sampai berantakan | Bermula Januari 2025
Presiden PKR sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Izzuddin-Sze Fei naib juara jelajah dunia akhir BWF 2024
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani - Goh Sze Fei terlepas bergelar juara jelajah dunia akhir bwf 2024 selepas tewas di tangan pasangan denmark, Kim Astrup - Anders Skaarup Rasmussen di Hangzhou, China.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
AWANI Global: Konflik Asia Barat | Gencatan Senjata Israel-Hizbullah
Diskusi dan analisis mengenai gencatan senjata Israel - Hizbullah yang dikatakan rapuh akibat beberapa perlanggaran serangan Israel ke atas Lubnan dalam AWANI Global 9 malam ini.
Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.
Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia, meletus
Gunung Semeru, yang terletak di Wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus pada Ahad, memaksa Pusat Kajian Gunung Berapi dan Mitigasi Bencana Geologi republik itu mengeluarkan amaran penerbangan.
Parti pemerintah Korea Selatan tolak cadangan badan perundingan oleh pembangkang
"Parti Kuasa Rakyat masih menjadi parti pemerintah, dan pemangku presiden telah dilantik mengikut Perlembagaan."
Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.
190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Pemandu bas sekolah akan didakwa selepas kebakaran ragut 23 nyawa, kata polis Thailand
Pemandu itu menyerah diri pada lewat petang Selasa dan sedang disoal siasat di balai polis Khu Khot.
23 dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat terbakar di Bangkok
Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk pelajar dari wilayah Uthai Thani di utara Thailand, dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar pada Selasa.
ATBC: Muhammad Rafiq menang emas, Malaysia sapu bersih pingat perseorangan lelaki
Muhammad Rafiq menebus kekecewaan pada edisi lepas dengan menjuarai acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Asia.
Kedutaan Malaysia di Bangkok anjur resepsi hari kebangsaan, sambut hubungan dua hala yang erat
Lebih 600 tetamu, termasuk diplomat asing, profesional Malaysia, ahli perniagaan, wakil dewan perniagaan dan Malaysians in Bangkok (MIB) hadir.
Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA
Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami "isu tekanan" semasa dalam penerbangan ke Bangkok hari ini selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5:59 petang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.