Skip to main content

Malaysia

Teliti penjelasan Azam Baki - Anwar

KUALA LUMPUR, 11 Feb -- Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi pertanyaan bagi jawab lisan pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Anwar berkata, setiap pihak wajar memahami kenyataan penuh yang dikeluarkan Azam bagi mengelakkan salah faham yang tidak berasas.

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa orang ramai supaya meneliti penjelasan yang diberikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berhubung dakwaan pemilikan saham dalam dua syarikat sebelum membuat sebarang kesimpulan. 

Menurut beliau, setiap pihak wajar memahami kenyataan penuh yang dikeluarkan Azam bagi mengelakkan salah faham. 

Advertisement

“Baca dan fahami dahulu penjelasan beliau. Dia menjalankan tugas, jadi dengar penjelasan sebelum menghukum. 

”Dia buat kerja, kenapa harus salahkan dia," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM), pada Selasa.   

Anwar berkata demikian sebagai mengulas dakwaan yang mengaitkan Azam dengan pemilikan saham dan waran bernilai jutaan ringgit dalam beberapa syarikat. 

Dalam perkembangan berkaitan, Azam memaklumkan beliau tidak lagi memegang sebarang saham dalam mana-mana syarikat sejak Julai tahun lalu selepas melupuskan pegangan dalam Velocity Capital Bhd pada Julai 2025. 

Beliau turut menjelaskan bahawa pengisytiharan harta telah dibuat secara sukarela menerusi Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) kerajaan, dan rekod tersebut boleh diakses oleh pegawai yang diberi kuasa pada bila-bila masa. 

Sementara itu, laporan media sebelum ini menyebut semakan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati setakat 13 Januari lalu, Azam memiliki kira-kira 4.52 juta saham atau 1.08 peratus pegangan dalam Awanbiru Technology Berhad. 

Bagaimanapun, namanya dilaporkan tidak lagi tersenarai dalam dokumen terkini sehingga petang tadi. 

Azam juga menjelaskan bahawa beliau telah membeli dan menjual saham dalam Velocity Capital Partners Berhad pada waktu tertentu tahun lalu, walaupun rekod SSM sebelum ini masih menunjukkan namanya sebagai pemegang saham setakat 26 Disember 2025.

Must Watch Video