ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Februari 2026.
1. Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Advertisement
Dua pengarah urusan dan seorang pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas sembilan pertuduhan rasuah berjumlah lebih RM1.28 juta dalam usaha mendapatkan tender kerja Electrical Low Voltage (External LV Package) dan Security System daripada Sunway Engineering Sdn Bhd.
2. Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia Datuk Suhaimi Sulaiman mengesahkan akan meninggalkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkuat kuasa akhir bulan ini, selepas tiga tahun menerajuinya sejak Januari 2023.
3. Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Seorang lelaki berdepan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Alor Setar hari ini atas pertuduhan membunuh ibu kandungnya pada 2 Februari lalu.
4. Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
Pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 dijangka mampu menjimatkan sekurang-kurangnya RM2.5 bilion pada tahun ini.
5. Jakim pantau penularan video amalan Syiah, kerjasama dengan PDRM dan MCMC
Ketua Pengarah Jakim Datuk Sirajuddin Suhaimee berkata pihaknya maklum penularan video berkenaan yang didakwa berlaku dalam kumpulan atau di markas tertentu.
6. “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang pegangan saham sejak tahun lalu.
7. Hamzah di Australia, tak hadir prosiding Lembaga Disiplin Bersatu esok
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin mungkin terlepas pendengaran Lembaga Disiplin yang dijadual pada Khamis memandangkan beliau ketika ini berada di luar negara.
8. Bekas setiausaha politik bekas KM Melaka, isteri ditahan terima rasuah RM3 juta
Seorang bekas setiausaha politik kepada bekas Ketua Menteri Melaka bersama isterinya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3 juta.
9. Bunuh suami buta: Mahkamah kekalkan hukuman penjara 33 tahun terhadap wanita, adik lelaki
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 33 tahun terhadap seorang wanita dan adik lelakinya yang disabitkan dengan kesalahan membunuh suaminya yang buta, enam tahun lepas.
10. Rasuah e-waste: Kertas siasatan diserah kepada AGC Jumaat ini - Azam Baki
Kertas siasatan rasuah pengurusan sisa buangan elektrik dan elektronik (e-waste) melibatkan dua pegawai tertinggi Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara pada Jumaat ini.