awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekatan pergerakan: Singapura, Malaysia pastikan penghantaran barangan, bekalan diteruskan

Bernama
Bernama
29/05/2021
20:00 MYT
Sekatan pergerakan: Singapura, Malaysia pastikan penghantaran barangan, bekalan diteruskan
Singapura dan Malaysia akan terus bekerjasama memastikan aliran barangan dan bekalan berterusan sepanjang fasa pertama sekatan pergerakan penuh mulai 1 Jun hingga 14 Jun ini. -BERNAMA
SINGAPURA: Singapura dan Malaysia akan terus bekerjasama erat untuk memastikan aliran barangan dan bekalan melibatkan kedua-dua negara itu akan berterusan sepanjang fasa pertama sekatan pergerakan penuh mulai 1 Jun hingga 14 Jun ini.
Menteri Perdagangan dan Industri republik itu Gan Kim Yong berkata kedua-dua negara telah bekerjasama rapat sejak bermulanya pandemik COVID-19 pada tahun lepas.
"Kami akan terus berbuat demikian berikutan pengumuman terkini Malaysia untuk melaksanakan langkah lebih ketat bagi mengawal pandemik di negara itu," katanya menerusi catatan di laman Facebook rasmi kementerian itu pada Sabtu.
Malaysia akan melaksanakan fasa pertama sekatan pergerakan penuh bagi membendung penularan COVID-19.
Kes baharu COVID-19 di Malaysia berjumlah 9,020 hari ini, angka tertinggi yang dicatatkan sejak pandemik itu dikesan pada Januari tahun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#Malaysia
#COVID-19
#pandemik
#sekatan pergerakan penuh
#Gan Kim Yong
#Menteri Perdagangan dan Industri
#barangan dan bekalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan