BANGKOK: Jabatan Perkhidmatan Perubatan Thailand (DMS) mendapati sekitar 10 hingga 20 peratus rakyat Thailand yang pulih daripada COVID-19 masih mengalami sindrom post COVID atau 'Long COVID'.
Pengarah Bahagian Berita Jabatan Penerangan Kementerian Luar Pensom Lertsithichai berkata, gejala 'Long COVID' termasuk kelesuan, sakit otot dan kepala serta kemurungan berikutan tindak balas tubuh atau kesan sampingan daripada ubat-ubatan yang diberikan semasa rawatan.
Beliau berkata faktor-faktor lain seperti usia, obesiti dan penggunaan steroid harian juga meningkatkan kelaziman gejala 'Long COVID'.
"Statistik menunjukkan pesakit masih menunjukkan gejala sehingga enam bulan ke setahun, tempoh untuk pulih mungkin berbeza bagi setiap individu.
"Gejalanya dapat diatasi dengan vaksin. Individu yang telah mendapat vaksin COVID-19 kurang berisiko mendapat 'Long COVID'. Oleh itu, setiap orang harus segera dapatkan vaksin, " katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini pada Rabu.
'Long COVID' kekal sebagai antara satu aspek pandemik paling misteri.
Ketua Perubatan Institut Pulmonari DMS Thailand Dr Piamlap Sangsayan berkata sekitar 40 hingga 50 peratus pesakit COVID-19 di negara lain mengalami 'Long COVID'.
"Kadar yang rendah dalam kalangan warga Thailand mungkin disebabkan mereka yang mengalami gejala tidak memaklumkan kepada pihak berkuasa kesihatan selepas mereka pulih sepenuhnya," katanya seperti dipetik Bangkok Post.
Sementara itu, Pensom berkata Thailand tidak akan menawarkan vaksin COVID-19 percuma kepada pelancong antarabangsa buat masa ini.
"Bekalan vaksin kita terhad. Namun, vaksinasi untuk warga asing yang menetap bagi tempoh jangka panjang di Thailand masih diteruskan," katanya.
Dalam tempoh 24 jam lalu, Thailand mencatat 13,798 kes baharu COVID-19 dan 144 kematian, menjadikan jumlah jangkitan dalam negara sebanyak 1,420,340 dan 14,765 kematian, sejak virus itu dikesan Januari tahun lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 15 2021

Thailand tidak akan menawarkan vaksin COVID-19 percuma kepada pelancong antarabangsa buat masa ini. - Gambar fail/ Bernama

DBKL nafi penggodam tuntut RM236.17 juta
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan dakwaan sistem perkhidmatan dalam taliannya digodam serta penggodam menuntut wang tebusan USD55 juta (RM236.17 juta) berikutan gangguan itu.

Bekas TYT Sabah, Tun Ahmadshah meninggal dunia
Bekas Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Ahmadshah Abdullah meninggal dunia pada usia 78 tahun.

Malaysia terjemah kekuatan pusat data kepada manfaat ekonomi mampan
Kemunculan Malaysia sebagai peneraju utama pusat data serantau pada masa ini semakin ketara.

Hampir 300 penumpang diselamatkan selepas kabel voltan tinggi jatuh atas tren di Australia
Pihak berkuasa tempatan dan pasukan penyelamat telah berusaha membawa keluar penumpang dengan selamat dari tren.

RM4.7 juta kos baiki 14 masjid, 37 surau kritikal di Johor
Sebanyak 14 masjid dan 37 surau di Johor dikenal pasti dalam keadaan kritikal serta perlu dibaiki dengan anggaran kos keseluruhan RM4.7 juta.

'Kita tidak boleh biarkan penduduk Gaza kebuluran' - PM UK
UK menolak sebarang penempatan haram di Tebing Barat dan menekankan tuntutan agar bantuan kemanusiaan ke Gaza ditingkatkan secara besar-besaran.

Tebing runtuh: Laluan Gua Musang-Kuala Krai sesak dua kilometer
Tebing runtuh yang berlaku pada 7.30 malam tadi turut menyebabkan aliran trafik terhenti sepenuhnya.

Azalina cadang pertimbang umur persaraan dinaikkan kepada 65 tahun
Azalina Othman Said mencadangkan kerajaan mempertimbangkan untuk menaikkan umur persaraan wajib daripada 60 tahun kepada 65 tahun.

Tengku Maimun belum terima tawaran lanjut perkhidmatan
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat mengesahkan bahawa beliau belum menerima sebarang tawaran untuk menyambung perkhidmatannya.

Pandu Puteri perkasakan peranan wanita muda dalam kepimpinan, keluarga
Persatuan Pandu Puteri Malaysia memperkasakan peranan wanita muda dalam usaha membentuk golongan tersebut menjadi lebih berilmu, berakhlak mulia serta berjiwa kental.

Prestasi skuad sepak takraw membanggakan, berpotensi jadi juara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh hari ini menyifatkan prestasi skuad sepak takraw negara sebagai membanggakan dan berpotensi merampas gelaran juara.

Mayat DJ terkenal Thailand ditemukan dengan kesan tembakan di kepala
Polis menahan dua suspek dan menyiasat kemungkinan suspek ketiga, dengan motif dipercayai berkaitan konflik cinta.

Piala Asia: Ahmad Jais akui regu berpasukan negara belum cukup kuat
Beliau akan membuat penilaian penuh bagi memastikan skuad negara dapat menewaskan seteru utama itu pada kejohanan yang akan datang.

Piala Asia: Penantian 34 tahun berlarutan, Thailand tewaskan Malaysia 2-0
Kekalahan itu menyaksikan Malaysia sekadar menutup kempen dengan dua trofi menerusi acara kuadran dan regu.

Piala Asia: Malaysia jinakkan Korea Selatan, juarai Kumpulan B
Malaysia melangkah gagah ke peringkat separuh akhir acara regu berpasukan selepas menewaskan Korea Selatan 3-0.

Kes COVID-19 terkawal, KKM terus pantau rapi
Sejumlah 11,727 kes direkodkan dari ME1 hingga ME19 tahun ini, dengan trend penurunan berterusan sejak awal tahun.

Misi belum selesai - Syahir
Mohammad Syahir enggan terlalu dibuai dengan kejayaan merangkul gelaran acara regu setelah menewaskan Thailand pada malam Khamis.

Sepak Takraw Piala Asia: Malaysia muncul juara regu benam Thailand dengan straight set
Segalanya menjadi buat Malaysia apabila memadamkan cabaran musuh ketat, Thailand, dengan straight set di Stadium Titiwangsa sebentar tadi.

Sepak Takraw Piala Asia 2025: Hasrat Malaysia raih juara berganda tidak kesampaian
Gandingan Muhammad Noraizat Nordin dan Muhammad Redwan Hakim Muhammad turun dengan aksi cemerlang untuk mendominasi set pertama dengan 15-7.

Bront Palarae menang trofi Pelakon Pembantu Terbaik di anugerah Thailand
Aktor, Bront Palarae melakar kejayaan apabila dinobatkan sebagai pemenang trofi Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Baan Nang Klang Lakorn ke-21 di Thailand.