awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekurang-kurangnya 12 maut gempa bumi kuat landa Ecuador

Bernama
Bernama
19/03/2023
02:40 MYT
Sekurang-kurangnya 12 maut gempa bumi kuat landa Ecuador
Keadaan di sebuah kawasan kediaman yang musnah susulan gempa bumi yang melanda Machala, Ecuador, 18 Mac 2023. (Foto AP)
ISTANBUL: Gempa bumi kuat melanda Ecuador pada Sabtu, mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang, menurut Sekretariat Pengurusan Risiko negara itu.
Berukuran 6.7 pada skala Richter, gempa bumi itu berlaku berhampiran bandar selatan Balao pada kira-kira pukul 12.12 tengah hari waktu tempatan (1712GMT) dan sedalam lebih 65 kilometer.
Gegaran turut dirasai di Peru.
Sebanyak 11 kematian dilaporkan di El Oro dan satu di wilayah Azuay, lapor Agensi Anadolu memetik pihak berkuasa.
Namun, tiada ancaman tsunami dikeluarkan.
Presiden Guillermo Lasso berkata pihak berkuasa sedang menilai kerosakan dan meminta penduduk agar bertenang.
Mereka yang cedera sedang dirawat di hospital, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Ecuador
#Guillermo Lasso
#gegaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan