awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekurang-kurangnya 2 maut, 20 cedera dalam insiden bunga api di Hawaii, AS

Bernama
Bernama
02/01/2025
04:10 MYT
Sekurang-kurangnya 2 maut, 20 cedera dalam insiden bunga api di Hawaii, AS
Salah sebuah rumah yang rosak susulan insiden bunga api di Honolulu, 1 Jan 2025. (Foto AP)
LOS ANGELES: Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan 20 lagi cedera dalam insiden bunga api di Honolulu, Hawaii, pada awal pagi Hari Tahun Baharu, lapor Xinhua, memetik pihak berkuasa tempatan dan media.
Jabatan Polis Honolulu dalam hantaran di Facebook selepas tengah malam bahawa jabatan itu dan pelbagai agensi "sedang menangani insiden besar di kawasan Keaka Drive" dan menggesa orang ramai untuk "mengelakkan kawasan itu kerana pasukan pertolongan cemas memberikan bantuan perubatan dan lain-lain".
Jabatan itu kemudian mengesahkan dalam satu kemas kini bahawa "ini adalah insiden berkaitan bunga api dengan beberapa mangsa" dan polis, bomba dan kru perubatan kecemasan berada di tempat kejadian untuk memberikan rawatan dan keselamatan.
Paramedik di tempat kejadian dapat mengenal pasti sejumlah 22 pesakit, lapor Honolulu Star-Advertiser, akhbar harian terbesar di Hawaii, memetik Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Honolulu.
"Daripada 22 pesakit, dua disahkan meninggal dunia di lokasi dan 20 lagi dihantar dalam keadaan serius atau kritikal ke pelbagai hospital di seluruh pulau," menurut Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Honolulu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bunga api
#Hawaii
#maut
#Tahun Baharu 2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan