awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dalam serangan hotel di Somalia

Bernama
Bernama
10/06/2023
10:52 MYT
Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dalam serangan hotel di Somalia
Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh manakala 10 yang lain cedera dalam serangan di sebuah hotel di Mogadishu, pada Jumaat malam. - Foto REUTERS/Feisal Omar
MOGADISHU: Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh manakala 10 yang lain cedera dalam serangan di sebuah hotel di Mogadishu, pada Jumaat malam.
Polis memaklumkan dalam satu kenyataan bahawa pasukan keselamatan menamatkan pengepungan yang berlanjutan selama tujuh jam di Pearl Beach Hotel selepas menembak mati tujuh anggota al-Shabaab yang terlibat dalam serangan itu, lapor Xinhua.
Polis turut mendedahkan bahawa enam orang awam dan tiga pegawai keselamatan turut terkorban dalam insiden yang bermula sekitar 7.55 malam waktu tempatan.
Polis memaklumkan bahawa 84 orang termasuk kanak-kanak, wanita, dan orang tua yang terperangkap di dalam hotel berjaya diselamatkan pasukan keselamatan.
Saksi berkata dua penggebom bunuh diri bertindak meletupkan diri mereka di pintu masuk hotel ketika beratus-ratus tetamu berkumpul.
Lido Beach adalah tempat yang popular dengan hotel-hotel pantai dan restoran.
Pemimpin al-Shabaab mengaku bertanggungjawab atas serangan terkini di Mogadishu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Somalia
#serangan hotel
#Mogadishu
#Pearl Beach Hotel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan