awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekurang-kurangnya tiga cedera dalam acara larian lembu

Astro Awani
Astro Awani
23/10/2021
21:53 MYT
Sekurang-kurangnya tiga cedera dalam acara larian lembu
Dalam acara itu, lembu jantan dilepaskan dari kepungan khas ke jalan di mana peserta akan berlari bagi mengelak daripada disondol haiwan berkenaan. - Foto AP
TAFALLA: Sekurang-kurangnya tiga orang cedera dalam acara akhir larian lembu di Navarra, Sepanyol pada Sabtu.
Seekor lembu jantan dikatakan terjatuh ketika acara tersebut diadakan menyebabkan keadaan menjadi huru-hara.
Bandar Tafalla yang terletak 30 kilometer dari Pamplona mengadakan acara tradisi itu sempena Pesta Oktober.
Bandar tersebut akan adakan satu lagi acara larian lembu pada Ahad.
Acara yang pernah dipopularkan dalam novel penulis Ernest Hemingway yang berjudul "The Sun Also Rises" iaitu satu acara tempatan terbesar buat negara Sepanyol.
Dalam acara itu, lembu jantan dilepaskan dari kepungan khas ke jalan yang ditetapkan sepanjang 875 meter sehingga ke penamat di mana peserta akan berlari bagi mengelak daripada disondol haiwan berkenaan.
Setelah acara selesai di sebelah pagi, lembu-lembu itu akan dibawa ke pertandingan matador di dalam kandang pada sebelah petang.
Ia sering mengundang kecaman daripada aktivis seluruh dunia yang menyifatkannya sebagai perbuatan kejam dan tidak berperikemanusiaan terhadap haiwan.
Topic Berkaitan
#larian lembu
#cedera
#lembu jantan
#Pesta Oktober
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan